ms Malay en English
A- A A+

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Kali 2 pada 25 Mac 1987 telah membincangkan Penglibatan Orang-Orang Islam Dalam Upacara Perasmian Berunsur Keagamaan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

                               

Menyentuh mengenai penglibatan orang-orang Islam dan bukan Islam dalam upacara perasmian keagamaan. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan fatwa berikut:

 

  1. Orang-orang yang bukan Islam hendaklah ditegah dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perkara-perkara dan urusan-urusan keagamaan seperti merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat Islam dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama Islam.

 

  1. Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali jika difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka.

 

Berdasarkan keputusan fatwa seperti yang telah diterangkan itu maka pihak berkuasa agama di setiap negeri disyorkan:

 

  1. Menasihatkan mana-mana pihak penganjur supaya tidak melibatkan orang-orang Islam dalam merasmikan upacara keagamaan yang bukan Islam dan demikianlah sebaliknya.

 

  1. Menasihatkan pembesar-pembesar Islam di negeri-negeri berkenaan supaya tidak melibatkan diri merasmikan upacara keagamaan yang bukan Islam.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan