Perutusan Mufti
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelimpahan rahmat dan izinNya telah dapat pihak kami bina laman web bagi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Semoga dengan paparan laman web ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada umat Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Laman web ini bukan sahaja dapat menyebar ilmu pengetahuan agama dan kefatwaan, ia juga berperanan untuk memeberi pendedahan tentang ilmu falak yang semakin dilupakan. Paparan berita terkini berkenaan aktiviti jabatan juga disiarkan untuk tatapan umum. Selaras dengan perkembangan dunia ICT kini dimana maklumat hanya dihujung jari, saya mengharapkan Laman Web Jabatan Mufti Negeri Kelantan dapat menyediakan sumber informasi dan maklumat terkini dan menepati dengan kehendak serta mesra pelanggan agar maklumat yang dikehendaki dapat dicapai dengan cara mudah, tepat dan cepat.