ms Malay en English
A- A A+

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Pada 31 Disember 1988 telah membincangkan Mengenai Masalah Pertubuhan Al-Arqam Dan Majalah-Majalah Terbitannya dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

Huraian:

 Untuk memahami persoalan dan kedudukan Arqam di sisi syariah Islam terkandung di dalam kitabnya sendiri iaitu buku Aurad Muhammadiah iaitu merupakan rekod pegangan jemaah Al-Arqam itu sendiri.

Kitab karangan ustaz Taha Suhaimi, Singapura “Mengapa Saya Keluar Al-Arqam” telah dijadikan rujukan.

Selain itu kitab mu’tabar yang boleh digunakan untuk mengetahui persoalan yang timbul ialah kitab hadis Al-Mushkilah, Abu Daud, Ibnu Majah, Muslim.

Kitab Al-Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntazir juga boleh dijadikan rujukan. Beberapa maklumat tentang Al-Arqam yang menimbulkan persoalan dari segi ajaran Islam, antaranya ialah seperti berikut:

1- Mengenai bacaan Asyhadu Allaa ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah, Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-Faruq, Uthman Birru Rahim, Ali ‘Iddu Din, Muhammad Al-Mahdi khulafa’ Rasulullah, dikehendaki dibaca 10 kali.

2- Di dalam kitab Aurad Muhammadiah ada menyatakan bahawa kepercayaan kepada Imam Mahdi bukan merupakan perkara akidah.

3- Kepercayaan bahawa Syeikh Suhaimi yang disebut oleh As-Syaari akan menjadi Imam Mahdi.

4- Kedatangan Imam Mahdi yang dinantikan oleh pelajar tidak muncul-muncul ini menimbulkan syak yang sesuatu itu tidak boleh dipercayai. Pelajar tersebut menghantar surat ke Malaysia memberitahu pihak berkenaan.

5- Kepercayaan bahawa Syeikh Suhaimi yang disebut oleh As-Syaari akan menjadi Imam Mahdi.

Ada beberapa perkara yang timbul daripada perbincangan ini:

      1- Bahawa Al-Arqam percaya seseorang yang telah mati itu adalah Mahdi yang dijanjikan zahir akhir zaman.

      2- Bahawa masalah Mahdi adalah bukan perkara akidah.

      3- Bahawa perkara siapa Mahdi itu perkara ijtihad.

      4- Bahawa jemaah Al-Arqam sedang menanti kemunculan orang itu sebagai Mahdi.

      5- Bahawa Al-Arqam mahu supaya pegangan ini tersebar di kalangan orang-orang Islam dan mereka semua bersedia                  untuk menyambut kedatangannya.

     6- Dan sebagai tambahan boleh disebutkan bahawa mengikut pihak penyiasatan polis ancaman jemaah Al-Arqam                        terhadap keselamatan negara adalah terlalu membimbangkan.

Peristiwa yang berlaku di New Zealand baru-baru ini menunjukkan bahawa amalan di dalam jemaah ini gangguan dari alam jin.

Keputusan:

 A- Bahawa buku yang bertajuk:

(a) “ Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan “ yang ditulis oleh ustaz Haji Ashaari Muhammad, dan

(b)“ Manaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” yang ditulis oleh Muhammad Taha As-Suhaimi, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

B- Bahawa Kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, iaitu suatu kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk:

(a) “Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan” dan

(b) “Manaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi”. Adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan akidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

C- Oleh yang demikian:

(a) Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran buku “ Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “ Munaqib (riwayat hidup) Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” termasuk :

    (i) Apa-apa bentuk, versi atau variasinya

    (ii)Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa

   (iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana- mana buku itu, pada atau atas apa-apa              bahan samada bahan cetak atau elektronik atau melalui apa-apa media adalah haram.

(b) Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” adalah haram.

(c) Kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam itu atau mana-mana kumpulan lain atau orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “ Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “ Munaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” adalah haram.

(d)  Adalah haram bagi orang Islam:

     (i) Menjadi anggota atau memimpin kumpulan Darul Arqam atau Al- Arqam atau mana-mana kumpulan lain yang                      disebut dalam (c);

     (ii) Membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian. 

FATWA 1988

1.PERBINCANGAN MENGENAI MASALAH PERTUBUHAN AL-ARQAM DAN MAJALAH-MAJALAH TERBITANNYA

Kategori : Akidah

Keputusan :

                                (ii) Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa

(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana- mana buku itu, pada atau atas apa-apa bahan samada bahan cetak atau elektronik atau melalui apa-apa media adalah haram.

(b) Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” adalah haram.

(c) Kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam itu atau mana-mana kumpulan lain atau orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “ Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “ Munaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi” adalah haram.

(d)  Adalah haram bagi orang Islam:

(i)       Menjadi anggota atau memimpin kumpulan Darul Arqam atau Al- Arqam atau mana-mana kumpulan lain yang disebut dalam (c);

(ii)     Membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian. 

PERBINCANGAN KERTAS MESYUARAT BERTAJUK: PANDANGAN PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA MENGENAI PENULIS-PENULIS TERTENTU DAN MEDIA

Kategori  :  Akidah

 Keputusan :

Mesyuarat Khas Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan pada 10 Mac 2002 telah membincangkan isu Pandangan Persatuan Ulama’ Malaysia Mengenai Penulis-Penulis Tertentu Dan Media  dan telah bersetuju  memutuskan  seperti berikut  :

1.   Bahawa artikel-artikel yang ditulis oleh penulis-penulis berikut secara langsung dan tidak langsung menghina kesucian Agama Islam, peribadi Rasulullah (S.A.W)  dan ulama’ termasuk mufti-mufti dan pendakwah.

2.       Berikut adalah ulasan-ulasan di atas tulisan tersebut :

1.      Tulisan Farish A. Noor pada perenggan :

2.1. Nabi Muhammad S.A.W. telah diketahui melakukan hubungan seks dengan lima   belas orang perempuan termasuk gundiknya Raihan yang tidak memeluk Islam selama hayatnya.

Tulisan ini boleh membawa maksud : Perkahwinan Rasulullah S.A.W. adalah lebih kepada kehendak seksual sedangkan para ulama’ yang mu’tabar telah sepakat mengatakan perkahwinan baginda adalah mengikut wahyu Allah dan khususiah (خصوصية) baginda jua.

2.2. Mengikut  sejarah  hidup Rasululullah S.A.W. baginda adalah ketua kabilah dan wahyu awal yang diturunkan kepada baginda adalah sebagai seorang ketua kabilah bukannya hanya sebagai pemimpin agama.

2.3. Rasulullah   S.A.W.   dari kaca mata mereka yang baru memeluk Islam dikenali  sebagai ketua kabilah dan kebanyakan pengikutnya memeluk Islam berdasarkan ketaatan mereka kepada kabilah.

Tulisan ini boleh membawa maksud: Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. lebih kepada sifat baginda sebagai pemimpin kabilah bukanlah sebagai pemimpin agama.

Fakta ini adalah salah kerana kebangkitan Rasulullah S.A.W. adalah wahyu Allah kepada insan pilihannya dan sejarah membuktikan bahawa baginda bukanlah ketua kabilah pada awal kerasulannya dan kefahaman ini bertentangan dengan Akidah Islam.

Beliau juga seolah-olah mempersoalkan fatwa Mufti Negeri Johor seperti perenggan 6.1 :

  6.1. Hak   untuk   kebebasan   memilih   nampaknya   telah  disekat apabila Kerajaan Negeri   Johor   mengeluarkan  fatwa mewajibkan setiap pasangan Muslim yang hendak berkahwin menjalani ujian H.I.V. Kenyataan   di atas   adalah   tidak tepat kerana ia bukan fatwa tetapi merupakan pandangan   Mufti  dan ini jelas menunjukan sikap melulu penulis yang menulis tanpa usul periksa dan sikap biadap beliau terhadap Mufti.

       2.   Tulisan Akhbar Ali pada perenggan :

      3.1. Boleh  jadi   serban yang dipakai oleh Mufti terlalu ketat dan dengan itu oksigen tidak dapat masuk ke dalam otak mereka dengan secukupnya.

             Dari   masa   kesemasa   ulama’   sentiasa mengeluarkan kenyataan mereka yang tidak munasabah dan bodoh.Tulisan   ini   boleh   membawa maksud :  Penghinaan terhadap Mufti-Mufti dan pendakwah.

      3.2. Akhirnya  isu-isu agama dibincangkan secara bebas oleh para cerdik pandai dan bukan hanya dibincangkan oleh mereka yang menentang jambang dicukur tetapi tidak pandai berpakaian.Terdapat juga perbincangan hangat mengenai isu ini (tudung) dalam internet yang selalunya menghasilkan pendapat yang bernas daripada apa yang kita dengar dari mereka yang berjambang di sekeliling kita.Tulisan ini boleh membawa maksud : Memperkecilkan pandangan Mufti dan Ulama’.

      4.1  Allah   membenarkan   seseorang itu menjadi murtad dua kali dan membenarkan dua kali taubat dari kekufuran.Tiada hukuman dikemukakan di dalam al-Quran terhadap seseorang yang murtad selain dari janji Allah tidak akan mengampunkan beliau dan tidak akan menunjukkan kepada beliau jalan yang benar. Ini adalah janji Allah dan hukumannya.

      4.2  Segelintir wanita yang menyokong poligami juga dilihat penyokong kuat ulama’ yang mengambil kesempatan atas nama agama. Ulama’ ini cuba mengelirukan mereka dengan cerita-cerita yang seseorang wanita jika membenarkan suaminya berkahwin lain,  akan dijamin tempatnya dalam syurga.

      5.2. Al-Quran   tidak   menetapkan jumlah maksima empat orang isteri bagi bilangan isteri yang diharuskan dalam poligami. Ayat مثنى وثلاث ورباع  juga disebut ketika merujuk bilangan sayap malaikat.Tulisan ini menunjukan kefahaman terhadap ayat Al-Quran yang tidak betul dan tidak mengambil hadis sebagai tafsir al-Quran.

3.  Tulisan-tulisan   dari   Kassim   Bin  Ahmad dan Sister In Islam di perenggan 1.1

1.2 pula memberi maksud bahawa sesiapa sahaja layak mentafsir Al-Quran dan bukan hanya terhad kepada ulama’.

1.1. Islam   bukanlah   milik   individu   atau  mana-mana golongan yang      mendakwa mereka ulama’. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama’ semata-mata.

            1.2. Semua   umat   Islam   perlu   kembali  kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman kepada umat Islam.Kita  menyeru supaya digerakan usaha-usaha membuat tafsiran Al-Quran berdasarkan kaedah saintifik.

Pandangan sebegini adalah salah dan merbahaya kerana sebelum seseorang  itu boleh menafsir Al-Quran, beliau mesti mahir dalam bahasa Arab, ilmu tafsir Al-Quran, hukum-hakam dan ilmu Aqidah Islam.

3.2.   Kesimpulannya, penulis-penulis ini menulis artikel mengenai Islam tanpa ilmu pengetahuan, asas-asas serta hujah-hujah yang kukuh tentang ilmu Agama Islam bahkan ia berdasarkan pandangan-pandangan orientalis barat yang ingin mengeliru umat Islam dan memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar. Perkara-perkara begini mesti dibendung agar Akidah dan ketinggian Islam dapat dipertahankan.

4.     Pandangan dan cadangan Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan :

        1.  Bahawa   semua    artikel   penulis   dalam   surat ini adalah menghina Islam dan sekiranya   kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan di Negeri Kelantan, pihak berkuasa   agama   boleh   mengambil   tindakan   terhadap   mereka berdasarkan kesalahan menghina Islam di bawah seksyen 120 Enakmen  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1994

 2.      Mencadangkan   Majlis   Raja-Raja   bersidang untuk membahaskan masalah ini seterusnya  menubuhkan sebuah mekanisma yang sesuai bagi memantau media-media termasuk akhbar-akhbar serta penulis-penulis yang menghina Islam selaras dengan kuasa Raja-Raja sebagai ketua agama.

3.      Meminta  penulis-penulis   tersebut  menarik balik tulisan mereka dan memohon maaf secara terbuka serta bertaubat.

4.      Menasihatkan   akhbar-akhbar tempatan supaya tidak menyiarkan tulisan-tulisan yang seumpama ini melainkan setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa agama.

5.      Jemaah   Ulama’  Majlis Agama Islam Kelantan juga bersedia untuk berbincang dengan penulis-penulis ini untuk mencari kebenaran.

FATWA 1987

1.PENGLIBATAN ORANG-ORANG ISLAM DALAM UPACARA PERASMIAN BERUNSUR KEAGAMAAN

Kategori : Akidah

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Kali 2 pada 25 Mac 1987 telah membincangkan Penglibatan Orang-Orang Islam Dalam Upacara Perasmian Berunsur Keagamaan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

Menyentuh mengenai penglibatan orang-orang Islam dan bukan Islam dalam upacara perasmian keagamaan. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan fatwa berikut:

  1. Orang-orang yang bukan Islam hendaklah ditegah dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perkara-perkara dan urusan-urusan keagamaan seperti merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat Islam dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama Islam.

  1. Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali jika difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka.

Berdasarkan keputusan fatwa seperti yang telah diterangkan itu maka pihak berkuasa agama di setiap negeri disyorkan:

  1. Menasihatkan mana-mana pihak penganjur supaya tidak melibatkan orang-orang Islam dalam merasmikan upacara keagamaan yang bukan Islam dan demikianlah sebaliknya.

  1. Menasihatkan pembesar-pembesar Islam di negeri-negeri berkenaan supaya tidak melibatkan diri merasmikan upacara keagamaan yang bukan Islam.

PENGGUNAAN PENDAPAT MAZHAB LAIN SELAIN DARI MAZHAB SYAFIE DALAM MASALAH PESAKA

Kategori   : Akidah

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai Penggunaan Pendapat Mazhab Lain Selain Dari Mazhab Syafie Dalam Masalah Pesaka dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Mesyuarat membincang kertas mengenai masalah di atas berlandaskan ketetapan syarak yang begitu terperinci memperkatakan tentang harta pesaka serta hukum faraid sehingga ianya tidak wujud kekhilafan di kalangan para ulama’ yang muktabar berbanding dengan masalah-masalah furu’ yang lain.  Oleh itu tidak timbul ketetapan faraid perlu difatwakan kerana apa yang terdapat dalam hukum adalah jelas dan tetap.

Adapun persoalan cucu yang kematian bapa atau ibu sebelum kematian datuk (صاحبالمال) menjadi terdinding (محجوب) bagi mendapat pesaka datuk mereka yang kaya-raya itu,

Perkara tersebut boleh diatasi menerusi dua kaedah berikut:

(1)         Sohibul Mal (صاحب المال) boleh membuat wasiat menerusi saluran yang sah untuk mengurniakan sebahagian tertentu hartanya kepada cucu yang telah menjadi yatim itu dengan syarat tidak melebihi satu pertiga dari hartanya, atau harta itu diberi semasa hayat sohibul mal (صاحب المال) sebanyak mana yang munasabah, umpamanya menurut kadar yang setara dengan bahagian yang menjadi pesaka kepada bapa atau ibu mereka andainya mereka masih hidup. atau;

(2  )       Ahli-ahli waris yang berhak mendapat pesaka, dengan ihsan bersepakat memberi sebahagian tertentu dari harta pesaka tersebut kepada cucu yang dimaksudkan itu, demi untuk menjamin masa depan mereka di samping bertujuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan