ms Malay en English
A- A A+

FATWA 18.

 

Tarikh Keputusan    : 01hb. Julai 1986

Status Penwartaan  : Warta

Tarik Diwartakan     : 31 hb. Julai 1986 

No. Rujukan             : ( D (Sulit) 231/30. )

Akta/Enakmen         : Jil. 39 (16)  No. 283

 

Kategori          :Akidah

 

Soalan             :PENERBITAN YANG DITEGAH KERANA BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK

 

UNDANG - UNDANG MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1966   (Enakmen Bil .2 Tahun 1966) PEMBERITAHUAN DIBAWAH SEKSYEN 15.

 

Pada menjalankan kuasa –kuasa yang diberi oleh seksyen 15 Undang-Undang Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis mengisytiharkan perkara-perkara yang diperihalkan dalam jadual sebagai penerbitan yang ditegah kerana mempunyai perkara-perkara yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau ajaran Ugama Islam atau mana-mana fatwa yang diluluskan oleh Undang-Undang.

 

JADUAL

 

 

Tajuk Penerbit

 

Pengarang

 

Penerbit

 

Bahasa

 

Hadis Satu Penilaian Semula

 

Kassim Ahmad

 

Media Intelek Sdn. Bhd. Wisma FAM, Peti Surat 6640, 47308 Petaling Jaya, Selangor

 

Melayu

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan