ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2010

 

HUKUM PERCERAIAN MELALUI ALAT-ALAT MEDIA ELEKTRONIK.

 

Kategori : Munakahat

 

 

Keputusan: 

 

Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perceraian melalui alat-alat media elektronik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan seperti berikut :

 

  1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada  suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus melalui alat-alat media elektronik seperti SMS, Feksemili, E-MEL dan lain - lain adalah sah sekiranya disertai  dengan niat dan hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut.

 

2.Talak yang dilakukan melalui alat-alat media elektronik adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.

 

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan