ms Malay en English
A- A A+

HUKUM MEMBINA PATUNG DAN PERARAKAN PATUNG BINATANG YANG BERNYAWA

 

Kategori  :   Akidah

 

Keputusan   :

 

Mesyuarat Khas Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang di Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan pada 10 April 2002 telah membincangkan isu Hukum Membina Dan Perarakan Patung Binatang Yang bernyawa  dan telah bersetuju  memutuskan seperti berikut  :

 

  1. Berdasarkan  perspektif   maqasid  tanpa   melihat  kepada  sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa  aktiviti pembuatan dan pemilikan   patung   atau objek   samada    berjisim   atau  tidak, dengan   disertakan motif  penyembahan, pemujaan  atau sebarang  motif  yang bertentangan dengan maqasid syar’iah yang enam   iaitu  penjagaan   agama,   nyawa,   akal,   nasab,   harta  dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan. Namun begitu, pertimbangan      daripada fiqh furu’ wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya’rani dalam mizannya.  Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan   patung  dan pemilikannya bebas daripada    pertentangan   dengan   nilai-nilai  maqasid yang disebut di atas,  maka  kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :

 

  1. Pembuatan   dan  pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara

lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai’ (سد الزرائع   ).

  1. Pembuatan   dan   pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi

tidak lengap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.

  1. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu’tabar di sisi Syara’  maka hukumnya adalah dibolehkan seperi pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya

 

  1. Tentang hukum perarakan Burung Patalawati, maka hukumnya adalah mengikut perincian berikut :

 

  1. Perarakan    yang   menerapkan   unsur    pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah.
  2. Keraian dan perarakan yang bersifat demikian wajar dielakkan samada dari segi penganjuran dan penyertaan.
  3. Kalaupun   keraian   dan   perarakan   sedemikian  tidak mengandungi unsur 

khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang terlibat dengannya atau kepada yang menyaksikannya, maka hukumnya adalah termasuk di bawah perkara al-Lahwu ( اللهو  ) yang makruh dan perlu dielakkan demi pertumbuhan dan pembangunan iman individu dan masyarakat.

  1. Sekiranya   kegiatan  berkenaan memberi kesan negatif dan mudharat kepada

agama dan dunia seperti wujud unsur  pembaziran maka hukumnya adalah haram.

 

  1. Pandangan ini dibuat merujuk kitab-kitab berikut:

 

            4.1 Kitab fiqh empat mazhab. Karangan Abdul Rahman Al-Jaziri, jilid    ke-2, halaman 40 dan 41.

(1)                               المالكية- قالوا: انما يحرم بشروط الأربعة:

 

أحدها:  أن تكون الصورة لحيوان سواء كان عاقلا أو غير عاقل، أما تصوير غير   الحيوان     كسفينة   وجامع  ومنذنة فانه مباح مطلقا.

          

ثانيها:     أن تكون مجسدة سواء كانت مأخوذة من مادة تبقي كالخشب والحديد والعجين والسكر أو لا كقشر البطيخ مثلا فانه اذا ترك يذنل ويجف ولا يبقى. وقالوا بعضهم: اذا صنعت من مادة لا تبقى فإنها تجوز، أما إذا لم تكون مجسدة كصورة الحيوان والإنسان التي ترسم على الورق والثياب والحيطان والسقف ونحو ذلك ففيها خلاف .فبعضهم يقول: أنها  مباحة مطلقا بلا تفصيل وبعضهم يقال: انها مباحة اذا كانت على الثياب والبسط ونحوهما،  وممتنعة اذا كانت الجدران وبعضهم يرى اباحتها اذا كانت على الثياب التي تستعمل فرشا، وامتناعها اذا كانت على غيرها وعلى كل حال فلأمر فيها سهل.

 

ثالثها:     أن تكون كاملة الأعضاء الظاهرة التي لا يمكن ان يعيش الحيوان أو الانسان بدونها فان

              ثقبت بطنها أو رأسها أو نحو ذلك فإنها لا تحرم.

 

رابعها:  أن يكون لها ظل فإن كانت مجسدة ولكن لا ظل لها بأن بنيت في الحانط ولم يظهر منها 

سوى شيء لا ظل له فانها لا تحرم،ويستثثنى من ذلك كله لعب البنات الصغار "  العرانس" الصغيرة الدمى، فإنه يجوز تصويرها وبيعها ولو كانت مجسدة، لأن الغرض منها انما هو   تدريب البنات وتعليمهن تربية الأولاد، ومن هذا تعلم أن الغرض من التحريم انما هو القضاء على ما يشبه الوثنية في جميع الأحوال.

 

(2) الشافعية- قالوا: يجوز تصوير غير الحيوان كلأشجار والسفن والشمس والقمر، أما الحيوان فانه لا يحل تصويره سواء كان عاقلا أو غير عاقل ولكن اذاذ صورة أحد فلا يخلوا أما ان يكون غير مجسد او مجسد فان كان غير مجسد فانه يحل التفرج عليه اذا كان مصورا على أرض او بساط يداس عليه أو كان على هينة لا يعيش بها، كان مقطوع الرأس أو الوسط أو ببطنه ثقب ومن هذا يعلم جواز التفريج على خيال الظل"السينما" اذا لم يشتمل على محرم أخر لانها صورة ناقصة.ويستثنى من ذلك لعب البنات فانه يجوز تصويرها وقيده بعضهم بما اذا كانت ناقصة.

     

)3) الحنابلة- قالوا: يجوز تصوير غير الالحيوان من أشجار ونحوها،أما تصوير الحيوان فانه لا يحل سواء كان عاقلا أو غير عاقل، الا اذا كان موضوعا على ثوب يفرش ويداس عليهأو موضوعا على مخدة يتكا عليها فاذا كان مجسدا ولكن ازيل منه ما لا يبقي معه الحياة كالرأس ونحوها فانه مباح.

 

(4) الحنفية-قالوا: تصوير غير الحيوان من شجر ونحوها جائز.أما تصوير الحيوان فان كان على بساط أو وسادة أو ثوب مفروش او ورق فانه جائز لأن الصورة في هذه الحالة تكون ممتهنة وكذالك يجوز اذا كانت الصورة ناقصة عضوا لا يمكن أن تعيش بدونه كاللرأس ونحوها أما اذا كانت موضوعة في مكان محترم أو كانت كاملة الأعضاء فانها لا تحل.

     

    

Tarikh Keputusan : 10 April 2002.

 

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan