ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2018

 

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN INAI  BERCORAK MENURUT PANDANGAN ISLAM.

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 5/1/2018).

 

Kategori: Sosial Syariah.

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018  bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam kelantan.  telah membincangkan  isu mengenai Garis Panduan Pemakaian Inai  Bercorak Menurut Pandangan Islam.

1 Perbincangan mengenai perkara ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

2  Mesyuarat membincangkan perkara ini kerana pemakaian inai ditangan pengantin yang diukir dengan pelbagai corak dan  bentuk telah menjadi kebiasaan dalam suatu majlis perkahwinan pada masa kini.

Oleh itu, satu garis panduan untuk pemakaian inai bercorak perlu dibuat bagi mempastikan pemakaian tersebut diharuskan syarak.

  1. Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memutuskan garis panduan seperti berikut:
  2. Bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita samada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 

  1. Kadar pemakaian inai kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

 

 

  1. Manakala warna yang digunakan tidak  bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

 

  1. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuhan-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambing dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan