ms Malay en English
A- A A+

Fatwa 7.

 

Tarikh Keputusan      : 01hb  Februari 1996

Tarikh  Diwartakan    : 06hb  Jun  1996

Status Penwartaan     : Warta

No Rujukan                : (MUI. D231/707/ (39);

Akta/Enakmen            : Jil 49. No. 405 .( P.U. Kn. 1/G.)

 

Kategori     : Akidah

 

Soalan        : FATWA TENTANG AJARAN AWANG TEH BIN KAMAL

                     ( PAK TEH SELAMAT )

 

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, menerusi Jamaah Ulama’  yang bersidang pada 08 Rabiulawal 1415H bersamaan 05 Ogos 1995 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa yang  berikut:

 

(1).       Ajaran Awang Teh Selamat bin Kamal atau dikenali dengan nama Pak Teh

Selamat sebagaimana butir- butir berikut :

 

(i)                 Ayat Al-Quran dibuat sendiri oleh orang, bukan datangnya dari Allah;

 

(ii)               Sebenar-benarnya haji ialah taat kepada Islam. Pergi ke Mekah itu jadi Tok Haji tipu kerana hendak bermegah-megah dengan wang ringgit semata-mata;

 

(iii)             Puasa bulan ramadhan ialah fikir, tak payah berlapar, bahkan haram berlapar dan kalau puasa berlapar bererti engkar;

 

(iv)              Zakat ialah bersyarah , yakni beritahu kepada orang, bukan dengan cara mengeluarkan padi beras dan pitis emas (wang ringgit);

 

(v)                Sembahyang tunduk bangun itu haram, kerana sembahyang kepada makhluk dan menduakan  “ Allah, Muhammad”;

 

(vi)              Awang Teh Bin Kamal iaitu guru ajaran itu mengaku dia adalah Rasulullah;

 

Adalah sesat serta menyesatkan kerana berlawanan dengan ajaran Islam.

 

(2).       Mana-mana orang atau kumpulan yang mengambil atau menyebar atau

      melakukan upacara-upacara yang sama dengan ajaran yang di bawa oleh Awang

      Teh Bin Kamal ( Pak Teh Selamat ) sebagai sesat serta menyesatkan.

 

(3).       Umat Islam hendaklah mengelakkan diri dari menganuti , menyebar atau

             beramal dengannya.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan