FATWA TAHUN 2004
FATWA MENGENAI PEMBUANGAN DAN PELUPUSAN TISU-TISU MANUSIA DARIPADA PESAKIT
Kategori : Syariah
keputusan :
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan pada 4 Julai 2004 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Pembuangan Dan Pelupusan Tisu-Tisu Manusia Daripada Pesakit dan telah bersetuju menfatwakan seperti berikut :
- Bahawa organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit samada daripada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut. Sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar kerana dharurat.
- Cara untuk menanam organ-organ atau tisu-tisu daripada pesakit adalah seperti berikut :
- Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit yang masih hidup, organ-organ dan tisu-tisu itu hendaklah ditanam di tempat-tempat yang selamat.
- Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit selepas meninggal dunia, organ-organ atau tisu-tisu itu hendaklah ditanam bersama-sama mayat dan lebih afdhal dengan diletakkan di dalam kain kafan.
- Mana-mana pihak samada pihak hospital atau keluarga pesakit boleh menanam organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit setelah pihak hospital mengesahkan organ-organ atau tisu-tisu tersebut selamat untuk ditanam.
- Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan kepada nas berikut:
- Berpegang kepada nas-nas al-Quran dan usul syariat islamiah yang mewajibkan manusia ditanam selepas kematian sebagai tanda memuliakan anak Adam. Sebagaimana disyarakkan untuk menanam seluruh tubuh badan begitu juga disyarakkan untuk menanam sebahagian daripadanya seperti firman Allah: surah al-abas: 21
ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ ٢١
Firman Allah s.w.t: surah al-Maidah: 31
فَبَعَثَ ٱللَّهُ غُرَابٗا يَبۡحَثُ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُرِيَهُۥ كَيۡفَ يُوَٰرِي سَوۡءَةَ أَخِيهِۚ قَالَ يَٰوَيۡلَتَىٰٓ أَعَجَزۡتُ أَنۡ أَكُونَ مِثۡلَ هَٰذَا ٱلۡغُرَابِ فَأُوَٰرِيَ سَوۡءَةَ أَخِيۖ فَأَصۡبَحَ مِنَ ٱلنَّٰدِمِينَ ٣١
“ وهي معنى قوله تعالى " ثم أمانة فأقبره، فصارفعل الغراب في المواراة سنة باقية في الخلق فرضا على جميع الناس على الكفاية -
ا -
Lihat tafsir ai-Qurtabi, Jld 6, Halaman 143.
- Nas daripada ulamak fiqh yang menyebut rambut-rambut yang gugur daripada mayat semasa memandikan hendaklah diletak didalam kapan sebagai penghormatan terhadap mayat.
( Lihat kitab Raudatu at-tolibin karangan imam an-Nawawi Jilid 2 halaman 108, Kitab Nihayatul Muhtaj karangan Syeikh Ramly Jilid 2 halaman 436 )
- Kitab Ahkam Al-Jarahah at-tabiah wal-asaru al-mutartabatu alaiha karangan Dr.Muhammad al-Mukhtar al-syanqiti. Halaman 590:
" والدفن للأعضاء المتبورة أولى من احراقها فان اشتملت على داء أو مرض معد فانه تشرع ازالته بالمواد المتلفة للجراثيم الناقلة للمرض، ثم تدفن بعد ذلك ، وبناء عليه فانه ينبغي على المستشفيات دفن تلك الاعضاء او اعطائها للمرضى بدلا من اتلافها بالحرق، لما في دفنها من تكريم للآدمي، وذلك موافق لمقصود الشرع الحنيف في قوله تعالى" ولقد كرمنا بني أدم" سورة الاسراء اية .70
Surah al-Isra’. Ayat: 70
دالم حاشية نهاية المحتاج لأبي الضياء جلد 2 هلامن 454 :
"والحاصل ان ما انفضل من الميت أو من حي ومات عقب انفصاله من شعر أو غيره ولو يسيرا يجب دفنه ولكن الأفضل صره في كفنه ودفنه معه"
Tarikh Keputusan : 04 Julai 2004