FATWA TAHUN 2004
FATWA MENGENAI PEMBANGUNAN DI TANAH-TANAH WAKAF KHAS DI BAWAH KAWALAN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
Kategori : Syariah
Keputusan :
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan pada 4 Julai 2004 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Pembangunan Di Tanah-Tanah Wakaf Khas Di Bawah Kawalan Majlis Agama Islam Kelantan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
Setelah membincangkan masalah ini dengan terperinci, mesyuarat Jemaah Ulama’ bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:
- Tanah-tanah wakaf khas di bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan seperti tanah wakaf Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan dan lain-lain, boleh dibangunkan dengan bangunan kerana tidak menghilangkan ain (harta benda) yang diwakaf. Walau bagaimanapun kehendak atau syarat pewakaf hendaklah dijaga dan dihormati kerana para fuqaha’ menyebut syarat pewakaf adalah seumpama nas syara’.
- Usaha pembangunan yang dilaksanakan di tanah-tanah wakaf khas itu hendaklah tidak menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf atau manfaatnya, bahkan menambahkan lagi manfaatnya hasil dari pembangunan yang diusaha di atas tanah tersebut.
- Pembangunan boleh dilakukan secara usahasama oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu pemaju projek pembangunan dan nazir tanah wakaf khas yang menjaga kepentingan pewakaf dan mauquf alaih dengan syarat projek usahasama ini akan berlaku adil kepada kedua-dua pihak.
- Pihak yang membangun tanah tersebut tidak boleh diberi hak kekal ke atas bangunan. Mereka hanya berhak untuk mendapat pulangan balik modal pelaburan kerana pemberian milik akan menyebabkan hilang ain ke atas tanah wakaf dan bertentangan dengan hukum syara’.
- Pulangan pelaburan kepada pemaju di atas projek pembangunan di tanah-tanah wakaf khas ini boleh dilakukan samada :
- Pemaju mendapatkan dahulu pulangan balik pelaburan, setelah selesai mendapat pulangan balik pelaburan, bangunan tadi dijadikan sepenuhnya sebagai harta wakaf dan segala pendapatan diurus mengikut apa yang dikehendaki oleh pewakaf.
- Pihak yang bertanggungjawab mengurus harta wakaf tersebut boleh mengambil kos pengurusan secara berpatutan dan selebihnya diagih sebagaimana kehendak pewakaf.
- Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Nazir yang menjadi pengawal tunggal
- ke atas tanah wakaf aam atau khas yang terletak hak kepadanya, tiadalah boleh melakukan pemindah hakkan atau penyerah hakkan kepada mana-mana pihak lain samada mauquf alaih (pewaris si pewakaf) atau individu atau syarikat terhadap pengurusan tanah dan harta wakaf yang berada di bawah kawalan dan Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan.Dalam usaha Majlis Agama Islam Kelantan memajukan tanah wakaf khas Al-marhum Tengku Kaya Pahlawan di Lot 2136 Mukim Panchor, Kota Bharu dengan membina kompleks Islam yang mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran, rumah anak yatim, markaz saudara baru dan beberapa lot gudang perniagaan, mesyuarat membuat keputusan bahawa pembangunan projek ini diharuskan dan tidak bercanggah dengan hukum syara’.
Huraian:
Fatwa ini di keluarkan berdasarkan fakta-fakta dan nas-nas berikut:
- Pembangunan yang akan dilaksanakan di atas tanah wakaf ini tidak akan menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf atau manfaatnya bahkan ia akan menambahkan lagi hasil dan manfaat kepada pewakaf dan (mauquf alaih) (anak cucu Al-Marhum) baik dari segi ruhani (keagamaan) dan material (kewangan) berbanding sekiranya tanah ini dikekalkan dalam keadaan asal.
- Pewakaf tidak mensyaratkan supaya tanah ini tidak dibangunkan beliau hanya mensyaratkan supaya tanah tersebut tidak dijual dan ditukar ganti (istibdal). Ini bererti membina bangunan di atas tanah tersebut tidak melanggar syarat pewakaf dan sekiranya beliau mensyaratkan sekalipun, syarat tersebut terbatal kerana bercanggah dengan maslahah wakaf iaitu untuk mendapat manfaat yang lebih. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: “العبرة في العقود المقاصد لا الألفاظ”. Maksud: “ Sesuatu yang di ambil kira dalam akad ialah tujuan bukan semata-mata lafaz.
- Hanya pihak nazir sahaja iaitu Majlis Agama Islam Kelantan yang berhak menentukan kemaslahatan terhadap tanah-tanah wakaf Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan dari segi pengurusan bagi menjamin manfaat dan hasil dari tanah-tanah wakaf ini mencapai kehendak pewakaf dan diterima oleh mauquf alaih (anak cucu Al-Marhum). Ini bertepatan dengan kaedah fiqh: “تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة”. Pengurusan pemerintah terhadap rakyat-rakyatnya adalah berasaskan kemaslahatan.
v Kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu karangan Dr.Wahbah Zuhaili, juzuk 8 halaman 178: Iradatul Wakaf." المقصود هنا هى التي يقوم بالتعبير عنها"
وثيقة – في صورة مجموعة من الشروط التي يحدد بها كيفية ارادة اعيان الوقف. وتقسيم ريعة، وجهات الإستحقاق من هذا الريع. ويطلق على تلك الشروط في جملتها اصطلاح " الشروط الوقف" وقد أفضى الفقهاء فقالوا: " ان شرط الواقف كنص الشارع" في لزومه ووجوب العمل به. وعلى ذلك نظروا الى وثيقة الوقف الخجة باعتبارها " دستورا" واجب الاحترام، وان احكامه واجبة التطبيق، ولكنهم حددوها بأن تكون محققة لمصلحة شرعية. وموافقة للمقاصد العامة للشريعة، وابطالوا كل شرط يؤدي الى اهدار مصلحة معتبرة، وكانت- هذه وتلك- من عناصر فاعليتها، ومن أهم أسباب زيادة الطلب الاجتماعى لها.
v كتاب احكام الاسرة الاسلام جزء 5 هلامن 369:
" واستيفاء المنفعة من العين الموقوفة يختلف باختلاف العين نفسها وما أعدت له من وجوه الانتفاع، كما يختلف ايضا باختلاف ما يشترطه الواقف نفسه. فاذا نص الواقف على طريق معين للانتفاع بالعين الموقوفة وجب احترام رغبتة والعمل على تحفيفها، ما دام ذلك يوافق الشرع او العرف ولا ي خالفهما، لأنهم كما قالوا شرط الواقف ما دام صحيحا كنص الشارع".
Tarikh keputusan : 04 Julai 2004