FATWA TAHUN 2006
FATWA MENGENAI GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
Kategori : Sosial/Syariah
Isu Dan Masalah :
Fatwa mengenai hukum bedah siasat mayat telah dikeluarkan pada tahun 1989. Fatwa tersebut menyatakan bahawa bedah siasat terhadap mayat orang Islam adalah diharuskan dalam keadaan dharurat. Bagi melaksanakan bedah siasat ini satu garis panduan perlu dikeluarkan kepada pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.
Keputusan :
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2006 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan pada 21 Disember 2006 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Garis Panduan Bedah Siasat Menurut Pandangan Islam dan telah bersetuju menfatwakan seperti berikut :
Mesyuarat Jamaah Ulama’ telah bersetuju mengeluarkan garis panduan untuk melaksanakan bedah siasat terhadap mayat.
Huraian :
Garis panduan untuk melaksanakan bedah siasat terhadap mayat :
- Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
- Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.
Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”.(Riwayat Muslim)
- Kebenaran Waris
Bagi kes-kes bedah siasat klinikal, PegawaiPerubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada waris untuk melakukan bedah siasat.
Bagikes-kes bedah siasat medicolegal, kebenaran dari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah siasat.- Memulakan Bedah Siasat mayat dengan membaca bismillah.
Pegawai dan petugas perubatan kerajaan yang beragama Islam hendaklah memulakan tugas menjalankan bedah siasat mayat dengan membaca Bismillah. Sabda Rasulullah SWT yang bermaksud Setiap urusan yang mempunyai tujuan yang tidak dimulai dengan dengan Bismillah dianggap terputus.( Riwayat Al-Sabki)
- Mengucapkan Alhamdulillah selepas selesaitugas bedah siasat mayat.
Pegawai dan petugas perubatan kerajaan yang beragama Islam hendaklah mengakhiri tugas bedah siasat mayat dengan mengucapkan Alhamdulillah, semoga tugas yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah Taala.
- Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).
Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/
mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya
/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)
7.Menjalankan bedah siasat mayat dalam suasana yang tenang
Sewajarnya pembedahan mayat dilakukan dalam suasana yang tenang dan tidak ada ganguan bunyi bising bagi menghormati dan memuliakan mayat.
8.Menjaga had bedah siasat mayat berdasarkan dhururiyat ( keadaan mendesak) dan hajiayat ( keperluan).
Dharuriyat dan hajiyat menjadi sebab untuk mengharuskan tindakan bedah siasat keatas mayat . Islam menolak perkara yang boleh membawa kemudharatan sebaliknya mengharuskan perkara yang mendatangkan kebaikan . Setiap tindakan untuk menghindarkan kemudharatan adalah suatu suruhan dan galakan serta bersesuaian dendan matlamat Islam iaitu untuk menjaga dan memelihara maslahah kehidupan.
9.Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja.
Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahan dan mengenal pasti sebab-sebab kematian. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya’.
- Menjaga aurat mayat.
Orang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama.
Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut :
- Doktor perempuan muslim pakar
- Doktor perempuan bukan muslim pakar
c. Doktor lelaki muslim pakar
d. Doktor lelaki bukan muslim pakar
Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti berikut;
- Tidak bersendirian
b. Menahan pandangan mata
c. Menyentuh di tempat yang berkaitan
d. Menyediakan doktor pakar mengikut jantina
- Menjaga rahsia mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.
- Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina, mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)
13.Menjaga kebersihan
Pegawai dan petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah menjaga kebersihan diri, pakaian, peralatan dan tempat serta mayat sebelum, semasa dan selepas bedah siasat mayat.
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
Pegawai dan Petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan terutamanya dalam pengendalian mayat yang berisiko terutamanya bagi kes penyakit berjangkit.
- Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya :
- Anggota mayat yang dibedah hendaklah dijahit semula dengan kemas.
- Semua organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah dikembalikan kepada mayat sebelum mayat disempurna dan dikebumikan.
- Bagi kes yang memerlukan kajian dan penyelidikan ke atas sampel dari mana-mana anggota mayat yang memakan masa lama (disimpan bertahun-tahun dalam makmal) kerana kekurangan pakar, penyakit masih tidak dapat dikenalpasti, kekurangan alat dan sebagainya, maka jenazah hendaklah disempurna dan dikebumikan dahulu.
Manakala organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah ditanam atau diserah kepada waris atau pihak bertanggungjawab.
- Kajiandan siasatan ke atas sampel yang diambil hendaklah dijalankan dengan segera.
Tidak mengambil tisu atau organ mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan tidak dibenarkan mengambil mana- mana tisu atau organ daripada mayat yang dibedah siasat melainkan dengan kebenaran undang-undang. (Akta Tisu Manusia 174 - Akta 130).
17.Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayat
Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.