ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2017

 

FATWA MENGENAI AJARAN MILAH IBRAHIM

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 3/1/2017)

 

Kategori : Akidah

 

  1. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  pada 13 Zulkaedah 1438 bersamaan 6 Ogos 2017 Bil 2/2017  perbincangan mengenai isu Fatwa Mengenai Ajaran Milah Ibrahim adalah sebagaimana berikut;
  2. Setelah membincangkan isu ini mesyuarat bersetuju memfatwakan seperti berikut:

 

    1. Fahaman dan ajaran Millah Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentang dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen–elemen seperti berikut:

 

    1. Membawa ajaran dan kerajaan baharu( Millah Ibrahim).
    2. Mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhamad  SAW.
    3. Mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Ibrahim.
    4. Menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
    5. Menyalah ertikan maksud kiamat.
    6. Memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri.
    7. Tidak melaksanakan solat lima waktu dan solat Jumaat.
    8. Taksub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran ini.
  1.  
  1.  
  1.  
  1.  
  1.  
  1.  
  1.  
  1.  

 

 Huraian:

  1. Mana-mana orang Islam samada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Millah Ibrahim termasuklah :

 

  1. Menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Millah Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim.
  2. Berada dalam majlis perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim.
  3. Mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.
  4. Berselindung disebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur  persamaan  dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan  fahaman Millah Ibrahim.
  5. Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim.
  6. Telah berbai’ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim atau
  7. Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman  dan ajaran Millah Ibrahim di negeri Kelantan.
  1. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

 

  1. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang  berpegang dengan fahaman dan ajaran MIllah Ibrahim adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

 

  1. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menunjukkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, Facebook, Tweeter, atau media sosial lain adalah diharamkan.

 

  1. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Kelantan.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan