ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2014

 

FATWA BERHUBUNG PENGGUNAAN NAMA ALLAH BAGI BUKAN ISLAM

Kategori : Akidah

 

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyan 36 dan seksyen 39 Enakmen Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan1994 (Bil . 4 Tahun 1994), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Menerusi Jemaah Ulama yang bersidang pada 09 Rabiul Awal 1435 Hijrah bersamaan 09 Februari 2014 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Sultan Muhammad V membuat fatwa seperti berikut :

 

  1. Bahawa penggunaan  “ Lafaz Al- Jalalah”  iaitu Kalimah Allah hanya khusus dan eksklusif untuk umat Islam Sahaja. Agama selain daripada Islam adalah tidak boleh dan dilarang menggunakannya dalam apa jua bentuk penerbitan bertulis, media cetak, media elektronik, audio visual dan seumpamanya. 

 

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan