ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2017

 

Cadangan Pindaan Seksyen 125 (Hukuman  Sebat) Dan 126 (Masa Melaksanakan Hukuman Sebat)  Enekmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 8 Tahun 2002

(Kertas: Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil: 4/1/2007)

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  pada13 Zulkaedah 1438 Hijriah bersamaan 6 Ogos 2017 Bil: 2/2017  perbincangan mengenai isu Cadangan Pindaan Seksyen 125 (Hukuman  Sebat) Dan 126 (Masa Melaksanakan Hukuman Sebat)  Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No: 8 Tahun 2002.

 

Setelah meneliti perkara ini mesyuarat bersetuju memberi pandangan  sebagaimana berikut:

 

  1. Bahawa cadangan pindaan seksyen 125 ( Hukum sebat) dan 126 

(masa melaksanakan hukuman sebat) Enakmen tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 8 tahun 2002 tidak melibatkan persoalan berkaitan dengan hukum syarak yang memerlukan pandangan dan keputusan daripada Jemaah Ulama. Ia hanya merupakan perkara teknikal berkaitan pindaan undang-undang.

 

  1. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan juga bersetuju perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan untuk mendapatkan apa-apa pandangan mesyuarat ahli majlis agama Islam Kelantan selaras dengan enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Bilangan 4 tahun 1994 di bawah seksyen (1) 5 yang menyatakan bahawa :

 

“ Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam Dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan, bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah baginda didalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama dinegeri ini dalam semua perkara mengenainya”.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan