ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2018

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1439 HIJRIAH

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 6/1/2018).

 

Kategori : Zakat

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018 bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam Kelantan telah membincangkan  isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1439 Hijrah

  1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.
  2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1439 hijrah ialah sebanyak RM 7.00.
  3. Keputusan ini di bawah berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan