ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2012

 

CADANGAN PENETAPAN NISAB ZAKAT MATA WANG MALAYSIA DAN HARTA LAIN- LAIN  BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1433 HIJRIAH HINGGA RAMADHAN 1434 HIJRIAH

 

(Kategori : Zakat)

KertasTarikh : 07 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433H

(Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 7/2/2012)

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenaiCadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1433 Hijriahdan telah bersetuju menetapkan harga seperti berikut:

Keputusan :

 

  1. Mesyuarat membincangkan cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha.
  2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan nisab zakat mata wang Malaysia dan harta lain-lain bagi haul antara Ramadhan 1433 Hijriah hingga Ramadhan 1434 Hijriah ialah sebanyak RM13,900.00.
  3. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang mengambil sumber daripada bank RHB.

FATWA TAHUN 2011

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 1432 HIJRIAH

 

(Kategori : zakat)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 7/1/2011)

Tarikh : 24 Februari 2011/21 Rabiulawal 1432H

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Tahun 1432 Hijriah dan telah bersetuju menetapkan harga seperti berikut:

  1.  Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

 

  1.  Setelah membincangkan cadangan ini mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1432 HIJRIAH sebanyak RM7.00.

 

  1. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 sati kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.

 

FATWA TAHUN 2019

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1440 HIJRIAH.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 5/1/2019).

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Malayu Kelantan yang bersidang pada 23 September 2019 Masihi Bersamaan 23 Muharram 1441 Hijriah telah membincangkan isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1440 Hijriah dan memutuskan seperti berikut:

  1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

 

  1. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1440 Hijriah ialah sebanyak RM7.00.
  2. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.

FATWA TAHUN 2018

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1439 HIJRIAH

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 6/1/2018).

 

Kategori : Zakat

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018 bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam Kelantan telah membincangkan  isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1439 Hijrah

  1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.
  2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1439 hijrah ialah sebanyak RM 7.00.
  3. Keputusan ini di bawah berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.

FATWA TAHUN 2017

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1438 HIJRIAH

(Kertas Mesyuarat Bil: 5/1/2017)

 

Kategori : Zakat Fitrah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jamaah Ulamak Majlis Agama Islam  Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  pada 13 Zulkaedah 1438H bersamaan 6 Ogos 2017 Bil 2/2017  perbincangan mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1438 Hijriah.

 

  1. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1438 Hijriah ialah sebanyak RM7.00.

 

  1. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58. satu Kilogram didarabkan dengan satu gantang bagdad yang beratnya 2.7 kilogram.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan