FATWA TAHUN 2017
CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1438 HIJRIAH
(Kertas Mesyuarat Bil: 5/1/2017)
Kategori : Zakat Fitrah
Keputusan:
Mesyuarat Jamaah Ulamak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 13 Zulkaedah 1438H bersamaan 6 Ogos 2017 Bil 2/2017 perbincangan mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1438 Hijriah.
- Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1438 Hijriah ialah sebanyak RM7.00.
- Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58. satu Kilogram didarabkan dengan satu gantang bagdad yang beratnya 2.7 kilogram.