ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2012

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1433 HIJRIAH

(Kategori : Zakat)

            (Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 8/1/2012)

Tarikh : 26 Februari 2012/04 Rabiulakhir 1433H

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenaiCadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1433 Hijriahdan telah bersetuju menetapkan harga seperti berikut:

  1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.
  2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1433 Hijriah sebanyak RM7.00.
  3. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan