ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2009

 

CADANGAN PENEPATAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI  KELANTAN TAHUN 1430H

 

Kategori: Zakat

 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 14  Jun  2009 telah membincangkan Isu Cadangan Penepatan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1430h dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :-

 

Mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1430H sebanyak RM 6.90.

 

Huraian :

 

Keputusan ini di buat berdasakan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat islam di negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70 kilogram.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan