ms Malay en English
A- A A+

FATWA TAHUN 2016

 

CADANGAN PELAKSANAAN PENANDAAN WAKAF PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA DIBAWAH PELAN TRANSFORMASI JABATAN PERDANA MENTERI DISENARAIKAN DALAM PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 5/4/2016)

 

Kategori : SOSIAL SYARIAH (Wakaf)

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437Htelah membincangkan isu mengenai Cadangan Pelaksanaan Penandaan Wakaf Penjawat Awam 1 Malaysia Dibawah Pelan Transformasi Jabatan Perdana Menteri Disenaraikan Dalam Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.

 

Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai isu ini dengan meneliti kertas kerja yang disediakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji mengenai isu ini.

 

Cadangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penjawat awam untuk turut sama melaksanakan ibadah Wakaf Tunai melalui skim potongan gaji bulanan bagi melaksanakan pembangunan wakaf dinegeri masing-masing.

 

Hasil daripada penandaan wakaf ini akan diselaraskan didalam Tabung Amanah (JAWHAR) sebelum dimanfaatkan untuk pembangunan wakaf negeri-negeri.

 

Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju dengan cadangan pelaksanaan penandaan wakaf penjawat awam Jabatan Perdana Menteri ini dengan syarat hasil wakaf tunai yang dipungut di Negeri Kelantan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan selaku pengawal tunggal kepada harta wakaf di Negeri Kelantan mengikut seksyen 61 dan 62 Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Bilangan 4/1994.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan