- Hits: 66
Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr. Hj. Zamri bin Hj. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, pada 6 Ogos 2026 bersamaan 22 Safar 1448H.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Semoga kunjungan ini dapat terus memperkukuh hubungan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak serta memberi manfaat kepada masyarakat dan Negeri Kelantan
Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Dr. Ishak bin Haji Suliaman, Ketua Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (Merangkap Ketua Panel Pakar Rujuk Dasar Sukan Mesra Islam) pada 23 April 2026 bersamaan 5 Zulkaedah 1447.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan perkara berkaitan Dasar Sukan Mesra Islam serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan pihak Universiti Malaya usaha memperkasa pembnagunan syariah dan kefahaman islam kepada masyarakat.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi medan perkongsian ilmu dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak
- Hits: 190
Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada 25 Zulkaedah 1447H bersamaan 13 April 2026. Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh YB. Zawawi Bin Ghazali (Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan).
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai platform memperkukuhkan hubungan profesional dan kerjasama strategik antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan serta memperlukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.
- Hits: 230
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI KELANTAN KE JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN
Alhamdulillah, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Audit Negara Malaysia (Negeri Kelantan) yang diketuai oleh Encik Azmi bin Hassan (Pengarah Audit Negeri) bersama Puan Syarifah Iryanti binti Che Hassan (Timbalan Pengarah Audit Negeri), Puan Norhayati binti Husain (Ketua Penolong Pengarah Audit), Puan Zuraida binti Ghani (Penolong Pengarah Audit) dan Encik Wan Khairul Azmi bin Wan Mohd Yasim (Penolong Pengarah Audit).
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan di samping bertukar pandangan serta perkongsian maklumat dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan,
Semoga pertemuan ini menjadi platform yang baik dalam mempereratkan hubungan strategik antara agensi serta memberi manfaat kepada masyarakat.
- Hits: 227
Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Kelantan) pada 22 Januari 2026 bersamaan 3 Syaaban 1447H bertempat di Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah KDN, Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhori, bersama beberapa orang pegawai KDN.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak melalui perbincangan berkaitan isu-isu berkepentingan bersama. Jabatan Mufti Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat yang diadakan serta berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan
- Hits: 566
More Articles …
- KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENYIARAN NEGERI KELANTAN KE JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN
- PENGURNIAAN DATO' BERGELAR (DATO BIJI SURA) KEPADA TIMBALAN MUFTI NEGERI KELANTAN
- KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN
- LAWATAN JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN KE BALAI CERAP AL-KHAWARIZMI, MELAKA





