ms Malay en English
A- A A+

Pada 05 Rejab 1445H bersamaan 17 Januari 2024, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan.

Pertemuan dua hala ini diadakan bagi menjalinkan hubungan yang baik di antara kedua-dua jabatan untuk mencapai kesepakatan dan kerjasama di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan.

Pegawai yang hadir ialah Encik Shaheezam bin Said (Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan) dan diikuti dua orang pegawai yang turut hadir kunjungan hormat ini. 

Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan fotografi sebagai tanda kenangan.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan