ms Malay en English
A- A A+

Program Ceramah Motivasi “Rasulullah Uswah Terbaik Majikan Dan Pekerja” sempena Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 23 September 2024, bersamaan 19 Rabiul Awal 1446 H, di Bilik Mesyuarat dan Ruang Legar Jabatan Mufti Negeri Kelantan (JMNK). Penganjuran program ini adalah anjuran bersama  Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan, dengan melibatkan semua warga kerja jabatan tersebut.

Program bermula pada jam 2.30 petang dengan ceramah motivasi bertajuk “Rasulullah Uswah Terbaik Majikan Dan Pekerja” yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Nik Yusri Bin Musa yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan. Ceramah ini turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Kelantan, YB SF Dato’ Hj. Nik Abdul Kadir Bin Hj. Nik Mohamad, pegawai-pegawai, serta semua staf Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan