-
FATWA TAHUN 2016
PANDUAN PENGGUNAAN AYAT –AYAT RUKYAH UNTUK PERUBATAN
(Kertas Mesyurat Jemaah Ulama’ Bil: 5/3/2016 (Bil:908 2/2016)
Kategori: Perubatan
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H telah membincangkan isu mengenai Panduan Penggunaan Ayat –Ayat Rukyah Untuk Perubatan.
Mesyuarat bersetuju mengeluarkan panduan penggunaan ayat-ayat rukyah untuk perubatan seperti berikut:
- Bacaan yang dibaca atau ditulis hendaklah dari ayat –ayat al-quran yang dibaca dengan lengkap, betul dan tersusun atau doa dari Rasullullah SAW atau lain-lain yang difahami maknanya.
- Air yang digunakan adalah dari air yang bersih dan tidak diceluk atau direndam dengan perkara-perkara yang menyalahi kehendak syarak seperti keris atau besi yang ada sakti kuasa-kuasa jin, sihir dan amalan khurafat.
- Untuk menjamin keberkesanan bacaan-bacaan tersebut hendaklah dibaca oleh mereka yang berkeahlian dan tidak hanya diperdengar melalui kaset-kaset walaupun pesakit-pesakit akan menerima kesan-kesan baik bila mendengar ayat-ayat-ayat ruqyah atau ayat-ayat al-quran dari kaset-kaset atau CD yang diperdengarkan.
- Air ruqyah ini hendaklah disediakan dan diedarkan dengan tujuan memberi kemudahan kepada pengguna mendapat bekalan air tersebut, bukan bertujuan memperdagangkan ayat-ayat al-quran untuk faedah keduniaan, dan hasil keuntungan dari jualan tersebut adalah hasil usahanya dalam kerja-kerja kebaikan dan halal.
- Penyedia dan pengguna jangan mengiktikad bahawa air jampi itu yang memberi kesan dan boleh menyembuhkan penyakit tetapi kesembuhan itu daripada Alah dan dengan izin dan kuasa Allah.
- Air yang dibaca ayat-ayat Al-Quran itu jangan dilangkah dan jangan diguna buat mandian dalam tandas.