ms Malay en English
A- A A+

Pada 01 Syawal bersamaan 1445H bersamaan 10 April 2024M Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2024 bertempat di Ruang Legar Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Warga kerja Jabatan Mufti Negeri Kelantan mula berkumpul di ruang legar seawal 9.30 pagi dan majlis dimulakan tepat jam 10.00 pagi dengan amanat daripada Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.  Para tetamu mula membanjiri Jabatan Mufti Negeri Kelantan seawal jam 11.30 pagi dan dihidangkan dengan menu utama iaitu Nasi beriani dan pelbagai jenis juadah lain. Jabatan Mufti Negeri Kelantan turut menjemput mantan kerja Jabatan Mufti yang telah bertukar ke jabatan lain. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan