ms Malay en English
A- A A+

Pada 20 Safar 1445H bersamaan 06 September 2023, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima Lawatan Jalinan Mesra Exco ke Pejabat Mufti Negeri Kelantan yang di ketuai oleh YB. Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan). 

Lawatan Jalinan Mesra Exco ini adalah untuk merangka pertemuan membincangkan beberapa perkara melibatkan kepentingan bersama Negeri Kelantan dan juga untuk menjalinkan hubungan silaturrahim di antara Jabatan Exco Kerajaan Negeri dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan amalan terbaik dalam meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan.

 

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan