ms Malay en English
A- A A+

Pada 21 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 24 Oktober 2024 Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Kunjungan Hormat ini diketuai oleh Dato' Kaya Perba, Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan serta 16 pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menghadiri kunjungan hormat tersebut.  Deligasi Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah disambut baik oleh Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Badaruddin (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

Tujuan sesi Kunjungan Hormat ini adalah untuk mengikuti perkembangan semasa Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan perbincangan berkaitan isu-isu semasa, kefatwaan dan juga berkaitan dengan Falaq.

Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini mendatangkan manfaat di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta ukhwah yang terus berkekalan.

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan