Pada 12 Muharam 1445H bersamaan 31 Julai 2023, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Seramai 4 orang pegawai telah hadir untuk sesi Kunjungan Hormat bersama Dato' Kaya Perba Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Pegawai berkenaan terdiri daripada Encik Wan Amier Firdaus Bin Wan Mohd Azaman (Pegawai Undang-Undang USM), Encik Eady bin Othman (Timbalan Pengarah Keselamatan), dan juga Ustazah Amira Abd Sattar@Ismail (Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus).
Tujuan sesi Kunjungan Hormat ini adalah untuk mendapatkan pandangan berkaitan hukum dan khidmat nasihat daripada Dato' Kaya Perba Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.
Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini mendatangkan manfaat di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Universiti Sains Malaysia bagi mengukuhkan lagi ukhwah di antara dua jabatan ini.
- Hits: 406