Pada 15 Syaaban 1444H bersamaan 08 Mac 2023, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat Pengarah Tabung Haji Negeri Kelantan.
Seramai 3 orang pegawai telah hadir untuk sesi Kunjungan Hormat bersama Dato' Kaya Perba Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Pegawai berkenaan terdiri daripada Ustaz Mohamad Zahir bin Husain (Pengarah Tabung Haji Negeri Kelantan),dan diikuti 2 orang pegawai yang turut hadir sama.
Tujuan sesi Kunjungan Hormat ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara Tabung Haji negeri Kelantan dengan agensi kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dan khususnya kepada rakyat negeri kelantan di dalam berurusan di Tabung Haji. Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, Tabung Haji turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.
Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara Tabung Haji negeri Kelantan dengan Jabatan Mufti Negeri kelantan untuk kebajikan bersama untuk masa hadapan. Semoga hasil pertemuan ini mendapat keberkahan dan limpah rahmat daripada Allah S.W.T.
- Hits: 172