Pada Zulhijjah 1443H bersamaan 25 Julai 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau singkatannya MAPIM merupakan sebuah gabungan beberapa buah NGO yang memperjuangkan aspirasi Islam din Malaysia. Presiden MAPIM terkini ialah cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. MAPIM adalah pertubuhan bagi membantu saudara-saudara yang berada dalam kesusahan yang memerlukan bantuan tidak kira di Malaysia mahupun yang berada di luar Negara.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
- Hits: 453