Hari ini iaitu 28 November bersamaan 26 Jamadil Awal 2024 Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Kunjungan hormat ini di ketuai oleh Mejar Jeneral Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai (Ketua Pengarah)(KAGAT) dan juga Lt Kol Mohd Madzlan bin Wan Abdullah (Pegawai staf Agama)(Mk 8 Briged Pengkalan Chepa).
Tujuan Kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan isu keagamaan seperti isu fatwa, hukum-hakam dan juga perundangan islam.
Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat merapatkan lagi ukhwah di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)