ms Malay en English
A- A A+

Pada 09 Rejab 1445H bersamaan 21 Januari 2024, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabhah Pondok Kelantan ke Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Rombongan ini diketuai oleh Tuan Guru Syeikh Haji Wazir bin Che Awang (Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB).  Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan perkembangan terkini berkaitan institusi pengajian pondok di Negeri Kelantan dan membincangkan usaha-usaha murni dalam menyokong dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan demi memantapkan penguasaan ilmu fardhu ain dalam kalangan Rakyat Kelantan beragama islam.  Selain itu, ianya bertujuan memaklumkan perancangan program-program di bawah pengurusan institusi pondok kelantan.    

Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini mendatangkan manfaat di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Jabhah Pondok Negeri Kelantan bagi mengukuhkan lagi ukhwah di antara dua jabatan ini.

 

Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan