Pada 19 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 22 Oktober 2024, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat dan Muzakarah Strategik ke Jabatan Mufti Johor.
Kunjungan Hormat ini diketuai oleh Dato' Kaya Perba, Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan serta 16 pegawai dan kakitangan jabatan yang telah menghadiri kunjungan hormat tersebut. Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah di sambut oleh SS YB Dato' Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor.
Tujuan sesi Kunjungan Hormat ini adalah untuk diberi taklimat berkaitan Jabatan Mufti Johor dan perkembangannya diikuti dengan perbincangan berkaitan isu-isu kefatwaan serta falaq.
Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini mendatangkan manfaat di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Jabatan Mufti Negeri Johor serta ukhwah yang terus berkekalan.