Pada 09 Jamadil Awal 1446H bersamaan 11 November 2024, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim,(Pesuruhanjaya SUHAKAM) serta YM Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abdul Hamid, (Pesuruhanjaya SUHAKAM), YBrs. Encik Fadhal Ilahi Abdul Ghani, (Timbalan Setiausaha Pendidikan dan Promosi) dan juga YBrs. Encik Nyak Baqi Kamaruddin, (Penolong Setiausaha, Bahagian Media dan Promosi).
Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini mendatangkan manfaat di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi mengukuhkan lagi ukhwah di antara dua jabatan ini.