Pada 14 Jamadil Akhir 1446H bersamaan 16 Disember 2024, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjung hormat daripada Ketua Polis Negeri Kelantan iaitu YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat.
Sesi kunjung hormat ini bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik dan memperkukuhkan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Ketua Polis Negeri Kelantan. Antara yang lain juga membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan keselamatan awam dan agama, serta mencari jalan penyelesaian bersama mengenai perkara yang melibatkan kedua-dua pihak.
Di samping itu, tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mendapat pandangan atau nasihat daripada Mufti Negeri Kelantan berkaitan dengan isu-isu agama yang mungkin memberi impak kepada keselamatan awam, seperti dalam hal pengurusan umat islam atau amalan agama.
Semoga dengan kunjungan hormat ini, hubungan antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Ketua Polis Negeri Kelantan akan terus terjalin dengan penuh rasa hormat dan kerjasama yang erat.