KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI KELANTAN KE JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN
Alhamdulillah, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Audit Negara Malaysia (Negeri Kelantan) yang diketuai oleh Encik Azmi bin Hassan (Pengarah Audit Negeri) bersama Puan Syarifah Iryanti binti Che Hassan (Timbalan Pengarah Audit Negeri), Puan Norhayati binti Husain (Ketua Penolong Pengarah Audit), Puan Zuraida binti Ghani (Penolong Pengarah Audit) dan Encik Wan Khairul Azmi bin Wan Mohd Yasim (Penolong Pengarah Audit).
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan di samping bertukar pandangan serta perkongsian maklumat dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Semoga pertemuan ini menjadi platform yang baik dalam mempereratkan hubungan strategik antara agensi serta memberi manfaat kepada masyarakat.
- Hits: 40