Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Kelantan) pada 22 Januari 2026 bersamaan 3 Syaaban 1447H bertempat di Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah KDN, Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhori, bersama beberapa orang pegawai KDN.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak melalui perbincangan berkaitan isu-isu berkepentingan bersama. Jabatan Mufti Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat yang diadakan serta berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan
- Hits: 468