Skip to main content

Pada 21 Rejab 1446H bersamaan 21 Januari  2025, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat  daripada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Negeri Kelantan.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz selaku Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara pihak Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan ini terutamanya di dalam bidang falak. Di samping itu juga pihak JUPEM berhasrat untuk membincangkan mengenai sumbangan yang boleh diberikan untuk kemajuan dan operasi Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Semoga kunjungan hormat tersebut dapat mengukuhkan ukhwah di antara Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan juga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Kelantan.

 

 

  • Hits: 47
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan