Skip to main content

Pada 17 Syawal 1446H bersamaan 16 April 2025, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) iaitu Ybr Dr. Mohd Huzairi bin Awang @ Husain.

Seramai enam orang kakitangan daripada Pengarah Unit Pemantaun dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) yang telah hadir bagi menjayakan kunjungan hormat tersebut. Kehadiran ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input awal berkaitan Pembangunan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan yang akan dibincangkan dalam program Sidang Meja bulat berkaitan dengan Pelaksanaan Polisi dan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian kunjungan hormat tersebut. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

  • Hits: 57
Senarai Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan