Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

ASPEK SYARIAH DAN SAINTIFIK DALAM PENETAPAN WAKTU SOLAT

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KERTAS KERJA INI DIBENTANGKAN DIDALAM PROGRAM BENGKEL PENGHISABAN WAKTU SOLAT ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN PADA 18 HINGGA 20 OGOS 2018 BERTEMPAT DI SENANGIN RESORT PANTAI SRI 7 TUMPAT KELANTAN

 

ASPEK SYARIAH DAN SAINTIFIK dalam

PENETAPAN WAKTU SOLAT  

 

Oleh

Mohamad Saupi Bin Che Awang

email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

1.0       Pendahuluan

 

Penetapan waktu solat melibatkan dua aspek iaitu aspek syariah dan aspek saintifik. Merujuk kepada aspek syariah, terdapat beberapa ayat suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyediakan dasar atau garis panduan setiap waktu solat dengan merujuk kepada kedudukan relatif matahari terhadap kita di atas bumi. Ketetapan yang terdapat di dalam dua sumber utama tersebut, iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi SAW kemudian ditafsirkan dan dijelaskan secara lebih terperinci oleh para fuqaha (ahli feqah) supaya ianya mudah difahami dan diamalkan oleh masyarakat umum. Ketetapan oleh para fuqaha kemudian diterjemahkan dalam aspek saintifik terutama dalam konteks ilmu falak (sains astronomi) untuk membolehkan pengiraan waktu dilaksanakan dengan sahih dan tepat.

 

Keperluan kepada waktu solat yang sahih dan tepat bukan hanya terhad untuk mendirikan solat fardhu sahaja tetapi ia merangkumi untuk mendirikan solat sunat seperti solat sunat dhuha, witir dan lain lain. Ini termasuk untuk memulakan ibadat wukuf di Padang Arafah ketika ibadat haji dan juga lain-lain ibadat yang mana perlu dilaksanakan dalam tempoh waktu tertentu.

 

Dalam konteks solat fardhu, syariah menetapkan bahawa dalam keadaan aman, sekiranya seseorang solat tanpa menyakini waktu solat yang didirikan, maka solat yang didirikannya adalah tidak sah. Seterusnya, amalan mendirikan solat di awal waktu adalah amat dianjurkan oleh syariah Islamiah.

 

Oleh yang demikian merupakan kewajipan kepada setiap muslim untuk mengetahui masa bermula dan berakhir setiap waktu solat yang hendak didirikan dengan penuh yakin.

Oleh itu, pemahaman yang tepat dari aspek syariah dan saintifik adalah prasyarat yang utama untuk menghasilkan pengiraan dan penjadualan waktu solat yang tepat dan boleh diyakini. Syariah Islam  yang bersumber dari kitab suci Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW adalah tetap kekal sepanjang zaman. Namum, ketepatan pengiraan tertakluk kepada kemampuan kita mentafsirkan aspek Syariah Islam, begitu juga sejauh mana kita mengatasi persoalan saintifik yang berkaitan.

 

Kertas kerja ini mengutarakan aspek syariah dan saintifik dalam penetapan waktu solat yang di amalkan oleh pihak berkuasa Agama Islam di negara kita.

2.0       Dalil-Dalil Syariah Berkaitan Waktu Solat

2.1       Dalil dari Al-Quran al Karim

 

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menggariskan atau menerangkan keperluan ibadat solat dilaksanakan di dalam waktu tertentu. Ayat-ayat berkaitan menjadi dasar ketetapan waktu-waktu solat. Diantaranya (yang bermaksud):

 

“ Sesungguhnya solat itu adalah  satu fardhu yang diwajibkan atas orang beriman yang tertentu waktunya”  (Surah An-Nissa; ayat 103)

 

  Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah di waktu-waktu di malam hari, dan siang, supaya kamu merasa senang (dengan mendapat sebaik-baiknya balasan)”(Surah Toha; ayat 130)       

 

Ayat-ayat lain seperti ayat 114, Surah Hud; ayat 78 Surah Al-Israk juga menjelaskan tentang waktu solat.

 

2.2       Dalil Daripada Hadis Berkaitan Waktu Solat

Di antara hadis yang berkaitan ketetapan masuk waktu solat pula adalah seperti hadis yang bermaksud seperti berikut (JAKIM, 2001):

 

( i ) Daripada Abdullah Ibnu Amru. Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Waktu Zohor bermula apabila gelincir matahari sehingga panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut. Dan Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek sekiranya matahari belum kekuningan. Dan waktu Maghrib pula sekiranya belum hilang syafak ahmar (cahaya merah dikaki langit barat) dan waktu Isyak pula bermula apabila hilang syafaq ahmar sehingga tiga perempat malam. Dan waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila  terbitnya matahari. Apabila telah terbit matahari maka janganlah kamu mendirikan solat. Bahawa terbitnya diantara dua tanduk syaitan”

(Riwayat oleh Muslim)

 

( ii ) Dari Jabir bin Abdullah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. didatangi Jibrail a.s katanya kepada Nabi: “Bangun. Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Zohor ketika gelincir matahari. Kemudian Jibrail datang lagi katanya: “Bangun, Dirikan solat”. Mereka dirikan solat Asar ketika panjang bayang sama dengan tinggi objek. Kemudian Jibrail datang lagi pada waktu maghrib, katannya: “Bangun. Dirikan solat”. Mereka dirikan solat Maghrib ketika terbenam matahari. Kemudian Jibrail datang lagi, katanya: “Bangun. Dirikan solat”. Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafak (syafak ahmar). Kemudian Jibrail datang lagi ketika waktu fajar (Subuh) ketika fajar bercahaya (fajar sadiq). Kemudian Jibrail datang keesokan harinya. Bagi waktu zohor, katanya: “Bangun. Dirikanlah solat”. Mereka mendirikan solat Zohor ketika sesuatu bayang tinggi menjadi tinggi sepertinya. Kemudian Jibril datang pada waktu Asar, katanya: “Bangun. Dirikan solat”. Mereka solat Asar ketika bayang-bayang sesuatu dua kali panjangnya. Kemudian Jibril dating lagi ketika waktu solat  Maghrib sama seperti waktu sebelumnya. Kemudian Jibril datang pada waktu Isyak ketika selepas separuh malam atau disebut sepertiga malam, mereka dirikan solat  Isyak. Kemudian Jibril dating ketika langit kekuningan yang amat sangat (cahaya benar), katanya: “Bangun. Dirikan solat”. Mereka dirikan solat fajar. Kemudian Jibril berkata: “ Saat diantara dua waktu ini adalah waktu solat”. (Riwayat Imam Ahmad, Imam  an-Nasaii, Imam al-Tarmizi dan kata Imam al-Bukhari, itulah waktu solat yang paling tepat, iaitu Jibril menjadi Imam.

 

Hadis-hadis di atas jelas menerangkan tempoh bermula dan berakhir setiap waktu solat fardhu yang diajarkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW secara amali.

2.3       Rumusan Fuqaha Tentang Waktu Solat

 

Berdasarkan garis panduan yang ternyata di dalam Al-Quran dan hadis, para fuqaha telah merumuskan tempoh waktu setiap solat fardhu seperti berikut (Md Khair, 1987):

 

1.      Waktu solat Zohor bermula sebaik sahaja matahari tergelincir ke arah barat dan ianya berakhir sebelum bermula waktu Asar.

 

2.      Waktu solat Asar bermula bila bayang sesuatu tiang (objek) sama panjang dengan panjang tiang berkenaan. Ketetapan ini adalah mengikut Mazhab Shafie. Namun bagi Mazhab Hanafi, bermulanya waktu Asar adalah bila panjang bayang sesuatu tiang adalah dua kali panjang tiang tersebut. Bagi akhirnya waktu solat Asar, kesemuanya bersetuju iaitu ketika matahari terbenam.

 

3.      Waktu Maghrib bermula bila matahari terbenam di ufuk barat dan berakhir sehingga hilang cahaya merah senja langit di barat.

 

4.      Waktu Isyak bermula dari hilangnya syafaq ahmar (mega merah senja) dilangit barat dan berakhir bila terbit cahaya fajar sadiq di ufuk timur.

 

5.      Waktu Subuh bermula dari terbit fajar sadiq di ufuk timur dan berakhir bila matahari terbit.

 

 

3.0       Tafsiran Falak/Astronomi Tentang Waktu Solat

 

Rumusan yang dibuat oleh para fuqaha tentang awal dan akhir setiap waktu solat kemudiannya disesuaikan dengan ilmu falak (sains astronomi) supaya boleh dibuat pengiraan. Pengiraan falak adalah berdasarkan peredaran ketara matahari terhadap bumi yang di anggap statik. Geometri peredaran harian Matahari terhadap Bumi ini membentuk sebuah Sfera Samawi (sfera langit) seperti dalam Rajah 1.

 

 

 

 

3.1 Waktu Istiwa dan Waktu Solat Zohor

 

Merujuk kepada Rajah 1, apabila pusat matahari tepat berada di atas meridian samawi, waktu itu dirujuk sebagai waktu istiwa. Rajah. 2 menunjukkan kedudukan matahari istiwa dilihat dari zenit.

 

 

Rajah 2:  Kedudukan Matahari Ketika Istiwa (tepat atas meridian samawi rujukan)

 

Masuk waktu zohor adalah apabila matahari tergelincir ke arah barat iaitu bila seluruh  jasad matahari berada di bahagian barat meridian samawi. Rujuk Rajah 3. Nilai separa pusat matahari (Semi Diameter, SD) berubah-ubah sepanjang tahun mengikut kedudukan relatif matahari dengan bumi. Nilainya di antara 15’ ke 17’ arka. Oleh itu, nilai pertengahan adalah 16’ arka dan ini bersamaan dengan 1 minit 4 saat unit waktu.

 

 

Rajah 3: Matahari Ketika Tergelincir Iaitu Masuk Waktu Zohor

 

Oleh yang demikian, ditetapkan bahawa masuk waktu solat Zohor itu adalah 1 minit 4 saat selepas waktu istiwa, dan ini dapat dituliskan sebagai:

 

Waktu Solat Zohor = Waktu Istiwa + 1m 4s

 

Rounded Rectangle: Waktu Solat Zohor = Waktu Istiwa + 1m 4s                             

 

Akhir waktu solat Zohor pula adalah sebelum masuk waktu solat Asar.

 

3.2       Waktu Solat Asar

 

Mengikut Mazhab Shafie, masuk waktu solat Asar adalah bila panjang bayang sesuatu objek, katakan sebatang tiang, sama panjang tiang itu sendiri. Ketetapan syarak ini boleh diterjemahkan secara geometri astronomi seperti dalam Rajah 4:

 

Rajah 4: Kedudukan Relatif Tiang dan Bayangnya Terhadap Matahari

 

Jarak zenit matahari ketika masuk solat Asar, ZA,  seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.

Dapar ditunjukkan secara matematik bahawa sudut zenit bagi waktu Asar,  ZA adalah:

ZA    = tan -1 [1 + tan | (φ - δ) |]

 

 
  Rounded Rectangle: ZA    = tan -1 [1 + tan | (φ - δ) |]

 

 

 

 

 

 di mana φ = latitud stesen rujukan dan δ = deklinasi matahari. Nilai sudut zenit berubah-ubah  mengikut perubahan lokasi stesen rujukan dan deklinasi matahari sepanjang tahun iaitu dari -23.5° hingga +23.5°.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.2.1    Sudut Waktu Matahari Ketika Masuk Waktu Asar

 

Rajah 6: Kedudukan Matahari Ketika Masuk Waktu Solat asar

 

Berdasarkan rumus sfera trigonometri dapat dituliskan bahawa sudut waktu solat Asar, tA adalah:-

cos ZA – sin δA  sin φ

cos δA   cos φ

 
 

 

 

 

                   tA = cos-1                                                                                                                                    

 dimana

ZA =          Jarak zenit matahari (jarak arka ZM)

δA =          Deklinasi matahari ketika masuk waktu Asar

φ =          Latitud (garis lintang) tempat pencerap di bumi

 

Oleh itu, masuk waktu Solat Asar adalah:

Waktu Masuk Solat Asar = Waktu Matahari Istiwa + tA

 

 
  Rounded Rectangle: Waktu Masuk Solat Asar = Waktu Matahari Istiwa + tA

 

 

 

                                                                                                                       

 

 

 

 

 

 

 

3.3       Waktu Solat Maghrib

 

Mengikut hukum feqah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di bawah ufuk barat. Berdasarkan dasar ini, secara astronomi ia dapat digambarkan dalam sistem sfera samawi sepertimana Rajah 7:

 

 

Rajah 7: Kedudukan Matahari Ketika Masuk Waktu Solat Maghrib

 

Merujuk Rajah 7, tM adalah sudut waktu matahari ketika ia terbenam manakala ZM adalah jarak zenit pada saat berkenaan. Dengan mengambil kira faktor separa garis pusat matahari dan biasan udarakasa, kita dapat rumuskan:

 

 Separa sepatutnya, SD = 16’ dan kesan biasan = 34’. Oleh itu

 

ZM       =          90° + 16’ + 34’ = 90° 50’                                          

 

 

    cos ZM – sin δM  sin φ      

cos δM cos φ

 

Jadi

 

t M        =          cos -1                                                                           

      

Seterusnya

Waktu Masuk Solat Maghrib = Waktu matahari istiwa + tM

 

 
  Rounded Rectangle: Waktu Masuk Solat Maghrib = Waktu matahari istiwa + tM

 

 

 

                                                                                                                       

 

Akhir waktu solat Maghrib adalah bila masuk waktu solat Isyak

 

 

3.4       Waktu Solat Isyak

Waktu solat Isyak di sesuatu tempat bermula dari hilangnya syafaq ahmar (mega merah senja) di ufuk langit barat tempat tersebut. Terdapat perbezaan pendapat di antara ulama feqah atau fuqaha tentang awal waktu solat Isyak berhubung dengan maksud syafaq yang bermaksud cahaya matahari yang terpancar di langit sesudah  matahari terbenam. Imam Malik r.a. dan Imam Syafie r.a. berpendapat masuk waktu solat Isyak bila hilang syafaq ahmar.

 

Namum Imam Abu Hanifah r.a pula berpendapat masuk waktu Isyak bila hilang cahaya putih iaitu cahaya yang kelihatan sesudah hilang cahaya merah. Bagi Imam Abu Hanifah r.a, kedua-dua cahaya tersebut adalah dinamakan syafaq di mana cahaya merah dipanggil syafaq ahmar dan cahaya putih dipanggil syafaq abyadh. Ternyata di sini bahawa waktu  masuk solat Isyak mengikut Imam Malik r.a. dan Imam Syafie r.a  adalah lebih awal berbanding waktu mengikut Imam Abu Hanifah r.a.

Dari fakta sejarah, Ibn Shatir pula menetapkan -19° untuk fajar sadiq dan -17° untuk syafaq ahmar. Manakala kajian Ibn Yunus (975-1009M).) mendapati bermula  fajar sadiq bila altitud matahari -19° diufuk timur manakala hilang syafaq ahmar bila altitud matahari  -17°.  Al-Marakussi (1260M) yang menetapkan -20° untuk fajar sadiq dan

-16° untuk syafaq ahmar.  Nilai-nilai -19° dan -17° pernah diterima pakai dalam kerajaan Ottoman. Sebaliknya al-Biruni (1025M) menetapkan kedua-duanya bermula bila matahari berada pada altitud -18°.

 

Kajian sains atmosfera membahagikan fajar-senja kepada tiga kelas iaitu fajar-senja awam, fajar-senja nautikal dan fajar-senja astronomi dengan jarak zenith matahari masing masing 96°, 102° dan 108°.  Fajar-senja astronomi petang (evening astronomical twilight) hilang sepenuhnya bila pusat matahari berada pada kedudukan jarak zenith 108° ( atau altitud matahari -18° di ufuk barat). Sekiranya, tempoh hilangnya fajar-senja astronomi petang  di terima sebagai tempoh hilang syafaq ahmar, maka hilangnya syafaq ahmar bila altitud matahari  -18°.

 

Dalam konteks Malaysia sehingga hari ini, semua negeri kecuali negeri Kelantan menetapkan hilangnya syafaq ahmar bila altitud matahari -18° di ufuk barat manakala negeri Kelantan  menetapkan bila altitud  -17° . Ini dapat digambarkan dalam sistem sfera samawi seperti Rajah 8.

 

 

Rajah 8: Kedudukan Matahari 18° di bawah Ufuk

 

 

Oleh yang demikian, jarak zenit pada ketika masuk waktu Isyak adalah dapat dirumuskan sebagai:-

 

ZI         =          90° + 18° = 108°                                                        

 

Oleh itu sudut waktu matahari ketika masuk waktu isyak, tI dapat dihitungkan berdasarkan rumus

 

cos ZI – sin δI  sin φ  

cos ZI cos φ

 
 

 

 

 

t I         =         cos -1                                                                           

                                                        

 

 

Seterusnya waktu masuk solat Isyak adalah dapat disimpulkan sebagai

 

Waktu Masuk Solat Isyak = waktu istiwa + tI

 

 
  Rounded Rectangle: Waktu Masuk Solat Isyak = waktu istiwa + tI

 

 

 

                                                                                                                       

 

 

 

 

 

 

3.5       Waktu Solat Subuh

 

Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Fajar sadiq terbit boleh disamakan dengan bermulanya fajar-senja pagi (morning twilight). Kajian saintifik setakat ini mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk timur. Berhubung dengan awal waktu solat Subuh terdapat juga perbezaan di kalangan ulama feqah tentang tafsiran fajar sadiq iaitu fajar benar. Sesetengah fuqaha berpendapat proses fajar pagi terbahagi kepada dua iaitu fajar pertama  (juga dikenali sebagai fajar kazib atau fajar olok-olok) dan  kemudiannya fajar sadiq (fajar benar). Namum dalam soal ini para fuqaha bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah sedikit daripada -18°.

 

Terdapat pihak yang menetapkan -19°, maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° (i.e  Zs = 190°) manakala bagi pihak yang menetapkan -20°, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° (Zs = 110°).  Pihak Berkuasa Agama Negeri Kelantan menetapkan altitud matahari -19° untuk permulaan fajar sadiq manakala pihak berkuasa agama negeri-negeri lain menetapkan -20.

 

Oleh yang demikian, ketetapan pihak berkuasa negeri Kelantan nampaknya merujuk kepada hasil kajian Ibn Yunus.  Manakala, negeri-negeri lain menerima pakai kriteria  al Biruni  untuk  awal waktu solat Isyak dan  tiada kriteria jelas untuk awal solat Subuh.  Perbezaan dalam altitud 1° menghasilkan kira-kira empat minit perbezaan waktu solat.

.

 

Seperti waktu-waktu solat terdahulu, kedudukan matahari ketika masuk solat Subuh lebih mudah digambarkan dalam sistem sfera samawi seperti mana Rajah 9 berikut:

 

 

 

Rajah 9: Kedudukan Matahari 20° di bawah Ufuk Timur

 

 

 

Dengan rumus sfera trigonometri kita dapat tentukan ts, sebagai

cos Zs - sin δs  sin φ  

Cos δs cos φ

 
 

 

 

 

t s         =         cos -1                                                                          

      

 

 

Seterusnya

Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts

 

 
  Rounded Rectangle: Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts

 

 

 

                                                                                                                       

 

Akhir masuk solat subuh adalah bila terbit iaitu bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur

 

 

3.6       Waktu Matahari Terbit

 

Pengetahuan tentang waktu matahari terbit (syuruk) adalah mustahak kerana detik  tersebut menandakan tamatnya waktu solat Subuh  pada sesuatu tempat. Saat terbit matahari adalah di ambil apabila pinggir atas jasad matahari berada di ufuk timur stesen rujukan di sesuatu tempat. Lihat Rajah 10.

 

 

Rajah 10: Kedudukan Matahari Ketika Terbit

 

Pada kedudukan seperti di Rajah 10, jarak zenit matahari adalah sama seperti jarak zenit ketika matahari terbenam iaitu  90° 50’ kerana mengambil kira faktor semi-diameter (SD) matahari dan kesan biasan terhadap bacaan altitud. Oleh itu,

 

Z TT      =          90° 50’

 

 

cos ZTT – sin δTT sin φ

cos δTT cos φ

 

Seterusnya

 

tTT        =          cos -1                                                               

                                                                                               

Waktu Matahari Terbit = Waktu Istiwa – tTT

 

 
  Rounded Rectangle: Waktu Matahari Terbit = Waktu Istiwa – tTT

 

 

 

Oleh itu,

                                                                                                        

 

3.7  Waktu Dhuha

Waktu dhuha bermula  ketika matahari berada pada kedudukan kira-kira pada ketinggian segalah dan berakhir sebelum masuk waktu Zohor. Berdasarkan takrifan ini, fuqaha merumuskan  waktu dhuha adalah:

Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 ( Waktu Syuruk -  Waktu Subuh)

 
  Text Box: Waktu Dhuha 	= Waktu Syuruk + 1/3 ( Waktu Syuruk -  Waktu Subuh)

 

 

 

            

      Contoh   pengiraan waktu dhuha adalah seperti berikut:

          Waktu Dhuha    = Waktu Syuruk + 1/3 ( Waktu Syuruk - Waktu Subuh)

= 07:01 + 1/3 (07:01 - 05:43)

= 7 jam 01 minit + 1/3 (1 jam 18 minit)

= 7j 01m + 26 m

= 07:27 pagi

Pada permulaan waktu dhuha, sesetengah pihak merujuk  kepada waktu Israq. Maka boleh laksanakan solat sunat Israq sebagai permulaan, kemudian diikuti dengan solat sunat dhuha. Secara amnya, bagi kita di Malaysia, solat israq dan seterusnya solat sunat dhuha boleh didirikan seawal  kira-kira setengah jam selepas waktu syuruk dan tamat sebelum masuk waktu Zohor.

 

 

 

 

 

4.0 Kesimpulan

Pengiraan waktu solat melibatkan aspek syariah dan sains. Ketepatan waktu solat bergantung kepada sejauh mana kita dapat menghubungkaitkan dua aspek tersebut. Ianya bergantung kepada ketinggian keilmuan dan kekuatan umat Islam pada zaman semasa. Sudut-sudut zenit dan lain-lain parameter  yang diterima pakai untuk pengiraan waktu solat terutama untuk waktu Isyak dan Subuh masakini adalah mengikut apa yang telah ditinggalkan oleh ulama silam. Ia boleh berubah mengikut suasana semasa dan kemampuan ijtihad umat Islam masakini.  

 

 

BIODATA PENULIS

 

Kelulusan Diploma Ukur Tanah (Universiti Teknologi Malaysia, 1981); B.Sc (Hons) Surveying and Mapping Sciences (NELP, United Kingdom, 1986), M.Sc (Geodetic Science and Surveying (Ohio State University, USA, 1991). Ahli Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mantan Pensyarah Kanan, UTM.

 

Description: C:UsersUSERDesktopfoto saupiIMG_20180827_105445 (1).jpg

 

 

 

BIBLIOGRAFI

·         Abdul Hamid Tahir, (1990), Unsur-Unsur Astronomi Praktik Untuk Ukur Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

·         Abdul Qadir Ar Rahbani, (2009), Fiqh Solat Empat Mazhab, Terjemahan Nabilah Ab Jalil, Al Hidayah Communication, Kuala Lumpur.

  • David A. King, Islamic Mathematical Astronomy, (1986), Variorum Reprints, London.

 

  • Mohamad Saupi Che Awang, (1994), Kaedah Perhitungan Waktu Solat : Satu Tinjauan, BULETIN UKUR, Jilid 5, No.3, Fakulti Ukur dan Harta Tanah, UTM, Johor.Oktober 1994.

 

  • Mohamad Saupi Che Awang, Kamaludin Mohd Omar dan Mohd Zahib Deraman,(1997), Kaedah Perkiraan dan Pembahagian Zon Waktu Solat di Malaysia, Lapuran Penyelidikkan Vot 61815, UTM, Skudai.

 

  • Mohamad Ilyas, (1984), A Modern Guide to Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times, and Qibla, Berita Publishing, Kuala Lumpur.

 

  • Kaedah Panduan Falak Syarie, 2001, Unit Falak Syarie, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

  • Roy, A.E and Clarke, D. (1982), Astronomy, Second Edition, Adam Hilger, UK.

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search