Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

MELETAKKAN BELINDAN DAN MENGINDAHKAN KUBUR

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Pohon pandangan (fatwa) untuk meletak belindang dan mengindahkan kubur sebagai tarikan pelancong. Sukacita diharapkan Dato’ dapat memberikan pandangan atau fatwa berhubung dengan  perkara tersebut. Sebagai contohnya mengindahkan “Kubur tok Janggut” dan “Kubur Tok kenali” sebagai daya tarikan pelancong.

Jawapan:

Bagi menyatakan pandangan berhubung dengan persoalan yang di kemukakan itu, maka butir-butir berikut perlu menjadi perhatian:

1)     Meletak belindang diperkuburan perlu di lihat status tanah perkuburan itu. Adakah ia jenis mamlukat (milik persendirian) atau jenis wakaf atau masbalah (untuk kegunaan umum). Jika milik persendirian meletak belindang tidak menjadi halangan atau larangan. Kalau belindang itu diperbuat dari bahan yang sangat mahal, maka yang terlarang itu ialah kerana mungkin termasuk dalam bermegah-megah atau pembaziran atau menunjuk-nunjuk.

2)     Status tanah jenis wakaf untuk perkuburan atau masbalah, meletak belindang yang tidak berupa kekal, boleh di anjak atau di pindah, yang tidak menganggu, bagi penanaman mayat yang lain, juga tidak ada apa halangan atau larangan kecuali bahan buatan belindang itu dari jenis yang mahal pada uruf. Maka di larang kerana pembaziran atau tujuan bermegah atau menunjuk-nunjuk.

3)     Mengindahkan kubur sebagai tarikan pelancong perlu kepada penilaian berikut:

a)    Dalam hadis dinyatakan bahawa suatu ketika Nabi SAW pernah melarang berkunjung ke perkuburan. Larangan itu bersebab antaranya dikhuatiri mentaqdiskan perkuburan atau memujanya atau anggapan keramat seperti yang dilakukan oleh orang-orang  Yahudi dan Nasrani.

b)    Dalam sebuah hadis yang lain nabi SAW membenarkan bahkan menganjurkan ziarah kubur.

“ziarahlah perkuburan kerana hal tersebut dapat mengingatkan kamu kepada akhirat”

(Ibnu Majah)

Jadi, hadis ini mengharuskan ziarah tanah perkuburan kerana kekhuatiran pemujaan atau taqdis atau perbuatan syirik tidak berlaku. Kunjungan ke tanah perkuburan menurut batas akhlak  Islam.

c)    Di kebanyakan Negara Islam seperti di Mesir, Iraq, Syiria, Turki, Iran, Maghribi, Tunisia kecuali Saudi Arabia terlihat perkuburan, makam dengan kubah-kubahnya menjulang ke atas, menjadi tempat kunjungan para pelancong. ulama’ besar di negara-negara berkenaan tidak ada membuat bantahan.

d)    Mengindahkan kubur dalam erti menjaga kehormatannya, kebersihanya, memang dituntut oleh Islam.

e)    Perkuburan salah satu syiar Islam. Menziarahi perkuburan Islam akan dapat mendidik hati, memperhaluskan jiwa, menyedarkan manusia, menjadi pelajaran dan iktibar yang dengannya dapat mengetuk pintu hati yang keras dan pemikiran yang membeku yang terlupa alam kubur yang lupa tentang akhir perjalanan hidup di dunia ini.

f)       Berziarah atau berkunjung ke tempat tokoh-tokoh kedurhakaan seperti piramid, perkuburan Firaun pun tidak di larang bahkan dianjurkan jika kunjungan tersebut boleh membawa kesan positif dalam jiwa pengunjung. Maka apa lagi jika berziarah perkuburan para nabi, para wali, para ilmuwan, para pahlawan, para syuhada dan lain-lain.

g)    Untuk menarik perhatian para pelancong terhadap tokoh-tokoh ilmuwan seperti “tok kenali” dan tokoh pejuang bangsa seperti “tok janggut” supaya tumbuh rasa kagum dan hormat terhadap sumbangaan jasa mereka, rasanya bukan sangat di perkuburan tetapi harus di buat atau di catat rekod, peranan, sumbangan yang mereka lakukan ketika hidup dan didekumentasikan dan di letakkan para tempat yang dikunjungi para pelancong atau pelawat seperti di muzium atau gelanggang seni dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan dari persoalan yang dikemukakan itu, dapatlah dinyatakan:

Meletak belindang dan mengindahkan kubur dalam rangka menjadikan satu ziarah, perlu mempunyai nilai dakwah yang perhatian diberikan kepada:

a)    Kunjungan dan lawatan itu tidak membawa hal-hal yang bertentangan dengan budaya dan ajaran agama seperti penghormatan berlebih-lebihan, mengkeramatkan kubur, memuja yang mengarahkan kepada perbuatan syirik.

b)    Belindang dan keindahan kubur itu tidak melibatkan perkara yang boleh disifatkan sebagai melampaui batas syarak dan uruf seperti pembaziran, bermegah-megah dan bertujuan menunjuk-nunjuk.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search