Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

TEATER PADA PANDANGAN ISLAM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan  :

Memohon pendapat berkenaan teater pada pandangan Islam. Persatuan mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia (PMUKM) akan menganjurkan satu program yang julung kali diadakan iaitu perhimpunan, mahasiswa asia tenggara alaf baru (PERMAT 2000) yang akan diadakan pada 7 hingga 10 Ogos 2000.

Sempena PERMAT 2000 pihak kami dijangka akan mengadakan suatu program teater yang mengisahkan lagenda masyarakat melayu di majlis perasmian penutup PERMAT 2000 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak University Kebangsaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan pendapat dan pandangan dari Dato’ berkenaan program teater ini secara huraian yang terperinci berpandukan dalil-dalil dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulama’ mu’tabar agar ia selaras dengan ajaran Islam.

 

Jawapan:

Peruntukan undang-undang pentadbiran Negeri Kelantan kepada pejabat Mufti Negeri Kelantan hanya terpakai setakat dalam negeri ini sahaja. Maka di luar bidangkuasa pejabat ini untuk memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan. Lebih tepat persoalan itu ditujukan kepada pejabat mufti negeri di mana tuan berada, sebagai seorang yang bermukim atau pemastautin.

Soalan yang dikemukan itu nampaknya begitu umum mengenai teater. Sekadar irsyad sahaja boleh disebut secara umum juga bahawa persembahan teater itu tidak ada apa-apa halangan jika dapat memenuhi kehendak aqidah, syariah dan akhlak Islam. Antara lain;

1)     Lakonan, dialog, pengucapan/bacaan dan perbuatan-perbuatan yang lain yang tidak ada unsur-unsur syirik, kufur atau lucah.

2)     Tidak terdapat lakonan atau upacara keagamaan atau unsur-unsur peribadatan agama yang kufur.

3)     Tidak terdapat unsur-unsur khurafat seperti pemujaan, roh, semangat, hantu, syaitan,  jin atau keramat

4)     Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, fitnah, perkelahian, perbalahan yang boleh memecah belahkan perpaduan umat Islam

5)     Tidak melekakan dari melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah, suruhan agama diri sendiri, keluarga dan masyarakat

6)     Tidak dilakukan oleh lelaki bersama perempuan, bercampur aduk tanpa batasan atau dilakukan oleh wanita yang mendedahkan aurat atau terdapat watak lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya.

Mana-mana persembahan yang bercanggah dengan mana-mana garis panduan tersebut sudah tentu persembahan itu berlawanan dengan kehendak syara’.

Sekadar itu yang dapat diberikan. Walaubagaimana pun yang muktamad adalah pandangan yang dikeluarkan oleh pejabat mufti negeri dimana tuan berada.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search