Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

KELAS MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Pohon pandangan kegiatan kelas muzik dari pejabat mufti mengikut pandangan Islam.

Jawapan:

Persoalan yang dibangkitkan ini adalah persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan ulama’ sejak di awal permulaan Islam lagi. Persoalan ini tidak mendapat kata sepakat di kalangan mereka. Mereka bersepakat dalam satu aspek mereka berselisih pendapat pada aspek yang lain. Pendek kata, dikalangan ulama’ tidak mendapat kata sepakat, tentang haram dan harus. Ada yang berpendapat haram dengan alasan mereka. Ada yang mengharuskan dengan alasan mereka juga.

Untuk makluman tuan, saya kemukakan cabutan keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kali ke-2 bertarikh 12-13 Mei 1981 yang telah diadakan di Majlis Islam, Sarawak, Kuching, Sarawak.

Keputusan

Majlis telah meneliti dan membincangkan dengan mendalam mengenai kertas kerja ini dan membuat keputusan dengan sebulat suara seperti berikut;-

a)    Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

b)    Jika nyanyian yang senikatanya tidak baik, lucah, biadab dan mendorong kepada maksiat, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah adalah haram.

c)    Pancaragan yang melalaikan hukumnya haram.

d)    Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus. Dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercapur gaul antara lelaki dan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah.

e)    Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Mesyuarat Jamaah Ulama’ MAIK kali ke 3/95, yang diadakan pada 2 rejab 1417 bersamaan 25 November 1995 telah bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut;

a)    Tiada halangan di segi syara’ tentang cadangan penubuhan pasukan BRASSBAND di sekolah-sekolah jika konsep dan pelaksanaannya tidak berlawanan dengan hukum syara’

b)    Adapun penggunaan alat-alat dari jenis tiupan dan bertali adalah haram hukumnya berdasarkan pendapat ulama’ muktabar.

Pada mesyuarat jamaah ulama’ MAIK kali ke 3/96 yang diadakan pada 11 syaaban 1417 bersamaan 22 dis 1996 ada membuat tambahan cabutannya seperti berikut;

a)    Bagaimanapun terdapat beberapa pendapat lain yang mengharuskan penggunaan alat-alat muzik yang lazim digunakan. Pendapat-pendapat tersebut dari kitab fatawa al-Maasarah, juz ke 2 oleh Yusuf al-Qardawi.

Berdasarkan nas dan pendapat-pendapat yang tersebut di atas, maka terserahlah mana-mana pihak atau individu untuk membuat penentuan berhubung dengan penggunaan muzik bagi maksud yang tersebut di atas.

Berbalik kepada soalan yang tuan kemukakan itu berhubung kelas muzik. Kalau kecenderungan tuan kepada pendapat bahawa penggunaan alat-alat muzik dari jenis tiupan dan bertali, hukum haram.  Maka menghadiri kelas muzik itu haram.

Kalau tuan memilih pendapat yang kedua, yang mengharuskan asalkan bertujuan baik dan pelaksanaannya tidak berlawanan dengan syara’, maka menghadiri kelas muzik adalah harus.

Untuk penjelasan yang lebih terperinci untuk dijadikan asas sandaran eloklah dirujuk kepada beberapa kitab antaranya;

  1. Ihya’ ulum al-din, juz 2 dalam bab adab. Al-samaie wal-wajal, muka surat 266-302
  2. Nailu al-Autar, muka surat 198-200
  3. Fatwa Maasarah, dalam bab al-Ghina Fi al-Iislam, muka surat 478-496 oleh Yusoff al-Qardawi.
logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search