Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

PEMAKAIAN DAN AKHLAK REMAJA SEKARANG

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Perihal tingkah laku remaja zaman sekarang. saya ingin mengemukakan kepada pihak dato’ untuk mendapatkan penjelasan tentang;-

1)     Mengenai remaja memakai “gelang hitam” samada lelaki atau perempuan.

2)     Mengenai percintaan di alam remaja.

Jawapan:

Merujuk kepada persoalan di atas, jawapannya adalah seperti berikut;-

1)     Mengenai remaja memakai “gelang hitam” samada lelaki atau perempuan

                                 i.            Gelang hitam itu diperbuat dari bahan apa? Kalau ia dari akar kayu, tidak ada halangan untuk lelaki atau perempuan memakainya. Kalau akar-akar itu boleh dijadikan ubat hukumnya harus.

                               ii.            Kalau bahan gelang hitam itu bercampur dengan emas umpamanya, maka lelaki adalah dilarang memakainya.

                              iii.            Kalau bahan gelang itu dari besi, tidak bercampur dengan emas, adakah dengan memakai itu, maka lelaki sudah boleh dianggap menyerupai wanita atau sebaliknya, wanita yang memakainya boleh dianggap lelaki? Kalau jawapannya tidak boleh dianggap lelaki menyerupai wanita dan begitu pula sebaliknya, maka pemakaian gelang hitam itu juga tiada halangan.

                            iv.            Dengan pemakaian itu adakah boleh dianggap pemakainya telah menyerupai pakaian orang kafir, iaitu yang menjadi pakaian keagamaan mereka. Kalau gelang hitam itu terbukti telah menjadi pakaian keagamaan orang bukan Islam, maka memakai menyerupai mereka adalah dilarang.

 

2)     Mengenai percintaan di alam remaja.

Memang benar kasih sayang adalah anugerah tuhan kepada hambanya, bahkan apa yang ada pada manusia semuanya anugerah tuhan.

Allah SWT tidak melarang manusia untuk mencurahkan kasih sayang selama mengikut cara dan saluran yang betul, benar, pada masa yang tepat.

Kalau kita menggunakan anugerah tuhan tidak kena pada tempat, maka kita adalah telah melakukan kesalahan kezaliman kerana melakukan sesuatu bukan pada tempatnya atau masanya.

Kemaluan seseorang adalah anugerah tuhan. Tetapi kalau kemaluan itu digunakan bukan pada tempatnya, bukan pada masanya, maka itu dipanggil berzina. Ertinya kemaluan anugerah tuhan tepat penggunaanya sesudah pernikahan.

Kasih sayang juga semestinya dicurahkan sesudak pernikahan bukan sebelum pernikahan.

Kasih sayang yang dicurahkan sebelum pernikahan ia tidak tulin kerana bercampur keinginan hawa nafsu.

Berkasih sayang sebelum kahwin antara lelaki dan perempuan terdedah kepada pergaulan bebas. Pergaulan bebas boleh membawa perzinaan, pemerkosaan hingga mengakibatkan kehamilan, pengguguran kandungan, buang bayi dan sebagainya.

Jadi dapat diringkas kasih sayang itu boleh membawa kita mulia kalau kena caranya dan boleh menjadikan kita hina kalau tidak kena caranya.

Untuk para remaja menjadi mulia mereka harus mengendalikan diri agar dapat mencegah diri dari perbuatan yang sangat hina disebalik nama kasih sayang bercinta.  Antara garis panduan:

                             i.  Menjaga pandangan mata dari melihat jenis berlainan (lelaki perempuan) yang berlebihan.

                             ii. Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

                             iii. Tidak bersentuh-sentuhan kulit antara lelaki dan perempuan hingga menimbulkan keghairahan.

                             iv.Tidak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat yang boleh membawa kepada membangkit keinginan seks.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search