Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

FATWA MENGENAI ZAKAT PENGGAJIAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

FATWA 10.

 

Tarikh Keputusan    :  16hb. Mac 1999

Status Penwartaan  : Warta

Tarikh Diwartakan   : 22hb. Julai 1999

Bertarikh Pada          : 1 Jun 1999    

No. Rujukan              :  [MUI.D. 231/707/(70).]

Akta/Enakmen          : Jil 52. No. 550 

 

Kategori  :  Zakat

 

Soalan      :  FATWA MENGENAI ZAKAT PENGGAJIAN

 

            Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama’ yang bersidang pada 27 Zulkaedah 1419H bersamaan 16 Mac 1999M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan  membuat Fatwa yang berikut:

 

(a)   Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seseorang  kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, di mana dia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan ;

 

(b)   Permulaan haul zakat gaji dikira pada hari atau bulan seseorang itu dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan dia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunannya dan kadar zakatnya ialah sebanyak 25% atau 1/40” :

 

(c)    Bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah;

 

(d)   Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan dharuriyat, iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga di bawah tanggungannya menurut Hukum Syarak.

 

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search