Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

FATWA MENGENAI AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

FATWA MENGENAI AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO

 

Kategori : Munakahat

 

 Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali ke-1/2001 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan pada 23 September 2001 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Akad Nikah Menerusi Sidang Video dan telah bersetuju menfatwakan  seperti berikut :                                                                                                                                                                                                                                                                    

 

Bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut :

 

  1. Hendaklah majlis ini berlangsung di tahap al-yakin (اليقين) bukan az-zhan (الظن ).
  2. Tidak ada unsur-unsur penipuan (الغرر ).
  3. Cukup semua rukun dan syarat sah nikah termasuk Tazkiyatus Syuhud (تزكية الشهود)
  4. Tertakluk kepada peraturan di dalam Enakmen Keluarga Islam 1983.

 

Huraian:

 

Fatwa ini dikeluarkan  berlandaskan alasan bahawa syarat i’tihadi al-majlis  yang menjadi persoalan pokok tentang sah atau tidak akad nikah menerusi siding video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai “ اتحاد حقيقي   " tetapi  ia boleh dikelaskan sebagai  " اتحاد في المعنى " atau   " اتحاد مجازي".

 

 

Hujah dan dalil

 

Fatwa ini dikeluarkan berlandaskan alasan bahawa ittihad al-majlis (penyetujuan majlis) yang menjadi persoalan pokok tentang sah atau tidak menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai “ittihad hakiki” (penyetujuan sebenar) tapi ia di kelaskan sebagai ittihad fil al-makna ( penyetujuan pada makna) atau ittihad majazi ( penyetujuan pada kiasan).

Berikut adalah nas-nas:-

 

 

  1. Zuhaili, juzuk 7 halaman 9:

 

((ثالثا   - هي الايجاب والقبول، ويشترط فيها بالاتفاق أربعة شروط هي ما يأتي:

1) اتحاد المجلس إذا كان العاقدان حاضرين:

وهو أن يكون الايجاب والقبول في المجلس واحد، بأن يتحد مجلس الايجاب والقبول، لا مجلس المتعاقدين، لأن شرط الإرتباط اتحاد الزمان، فجعل المجلس جامعا لأطرافه تيسيرا على العاقدان)).

 

        

2- Fiqh As-Sunnah, keluaran Al-Fathu Lil-A’lam Al-Arabi Al-Kaherah, karangan As-  Sayyid Sabiq, juzuk 2 halaman 125:

 

(( شروط الإيجاب والقبول :                            

2) اتحاد مجلس الإيجاب والقبول : بمعنى إلا يفصل بين الإيجاب والقبول بكلام أجنبي، أو بيما يعد في العرف إعراضا وتشاغلا عنه بغيره ولا يشترط أن يكون القبول بعد الإيجاب مباشرة)).

 

     3- Ahkam Al-Zawaj, keluaran Darul Al- Nafais, karangan Dr. Umar Sulaiman

         Al- Asqar,  halaman 83:-

 

(( ويعبر كثير من الفقهاء عن هذا الشرط باتحاد المجلس، والسبب أن وقوع الإيجاب والقبول في وقت واحد مع اختلاف الأمكنية وتباعد الديار لم يكون ممكنا في العصور الماضية، وقد أصبح وقوعمثل هذا ممكنا في هذه العصور بعد هذا التقدم الهائل في وسائل الاتصالات، وأصبخت القعود تجري عبر وسائل الاتصال الخديثة، والمتعاقدون في أماكن شتى، ولا يوجد في الشريعة ما يمنع من إجزاء العقود مع اختلاف المجالس اذا تحققت الفروية وتحقق كل واحد من العاقدين من هوية الطرف الآخر، أمن التزوير)).                               

 

Tarikh Keputusan : 23 September 2001.

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search