Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

PERBINCANGAN KERTAS MESYUARAT BERTAJUK: PANDANGAN PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA MENGENAI PENULIS-PENULIS TERTENTU DAN MEDIA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

ERBINCANGAN KERTAS MESYUARAT BERTAJUK: PANDANGAN PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA MENGENAI PENULIS-PENULIS TERTENTU DAN MEDIA

 

Kategori  :  Akidah

 

 Keputusan :

 

Mesyuarat Khas Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan pada 10 Mac 2002 telah membincangkan isu Pandangan Persatuan Ulama’ Malaysia Mengenai Penulis-Penulis Tertentu Dan Media  dan telah bersetuju  memutuskan  seperti berikut  :

         

1.   Bahawa artikel-artikel yang ditulis oleh penulis-penulis berikut secara langsung dan tidak langsung menghina kesucian Agama Islam, peribadi Rasulullah (S.A.W)  dan ulama’ termasuk mufti-mufti dan pendakwah.

 

2.       Berikut adalah ulasan-ulasan di atas tulisan tersebut :

 

1.      Tulisan Farish A. Noor pada perenggan :

 

2.1. Nabi Muhammad S.A.W. telah diketahui melakukan hubungan seks dengan lima   belas orang perempuan termasuk gundiknya Raihan yang tidak memeluk Islam selama hayatnya.

             

Tulisan ini boleh membawa maksud : Perkahwinan Rasulullah S.A.W. adalah lebih kepada kehendak seksual sedangkan para ulama’ yang mu’tabar telah sepakat mengatakan perkahwinan baginda adalah mengikut wahyu Allah dan khususiah (خصوصية) baginda jua.

 

2.2. Mengikut  sejarah  hidup Rasululullah S.A.W. baginda adalah ketua kabilah dan wahyu awal yang diturunkan kepada baginda adalah sebagai seorang ketua kabilah bukannya hanya sebagai pemimpin agama.

 

2.3. Rasulullah   S.A.W.   dari kaca mata mereka yang baru memeluk Islam dikenali  sebagai ketua kabilah dan kebanyakan pengikutnya memeluk Islam berdasarkan ketaatan mereka kepada kabilah.

 

Tulisan ini boleh membawa maksud: Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. lebih kepada sifat baginda sebagai pemimpin kabilah bukanlah sebagai pemimpin agama.

 

Fakta ini adalah salah kerana kebangkitan Rasulullah S.A.W. adalah wahyu Allah kepada insan pilihannya dan sejarah membuktikan bahawa baginda bukanlah ketua kabilah pada awal kerasulannya dan kefahaman ini bertentangan dengan Akidah Islam.

 

Beliau juga seolah-olah mempersoalkan fatwa Mufti Negeri Johor seperti perenggan 6.1 :

 

  6.1. Hak   untuk   kebebasan   memilih   nampaknya   telah  disekat apabila Kerajaan Negeri   Johor   mengeluarkan  fatwa mewajibkan setiap pasangan Muslim yang hendak berkahwin menjalani ujian H.I.V. Kenyataan   di atas   adalah   tidak tepat kerana ia bukan fatwa tetapi merupakan pandangan   Mufti  dan ini jelas menunjukan sikap melulu penulis yang menulis tanpa usul periksa dan sikap biadap beliau terhadap Mufti.

 

       2.   Tulisan Akhbar Ali pada perenggan :

 

      3.1. Boleh  jadi   serban yang dipakai oleh Mufti terlalu ketat dan dengan itu oksigen tidak dapat masuk ke dalam otak mereka dengan secukupnya.

             Dari   masa   kesemasa   ulama’   sentiasa mengeluarkan kenyataan mereka yang tidak munasabah dan bodoh.Tulisan   ini   boleh   membawa maksud :  Penghinaan terhadap Mufti-Mufti dan pendakwah.

 

      3.2. Akhirnya  isu-isu agama dibincangkan secara bebas oleh para cerdik pandai dan bukan hanya dibincangkan oleh mereka yang menentang jambang dicukur tetapi tidak pandai berpakaian.Terdapat juga perbincangan hangat mengenai isu ini (tudung) dalam internet yang selalunya menghasilkan pendapat yang bernas daripada apa yang kita dengar dari mereka yang berjambang di sekeliling kita.Tulisan ini boleh membawa maksud : Memperkecilkan pandangan Mufti dan Ulama’.

 

      4.1  Allah   membenarkan   seseorang itu menjadi murtad dua kali dan membenarkan dua kali taubat dari kekufuran.Tiada hukuman dikemukakan di dalam al-Quran terhadap seseorang yang murtad selain dari janji Allah tidak akan mengampunkan beliau dan tidak akan menunjukkan kepada beliau jalan yang benar. Ini adalah janji Allah dan hukumannya.

 

      4.2  Segelintir wanita yang menyokong poligami juga dilihat penyokong kuat ulama’ yang mengambil kesempatan atas nama agama. Ulama’ ini cuba mengelirukan mereka dengan cerita-cerita yang seseorang wanita jika membenarkan suaminya berkahwin lain,  akan dijamin tempatnya dalam syurga.

 

      5.2. Al-Quran   tidak   menetapkan jumlah maksima empat orang isteri bagi bilangan isteri yang diharuskan dalam poligami. Ayat مثنى وثلاث ورباع  juga disebut ketika merujuk bilangan sayap malaikat.Tulisan ini menunjukan kefahaman terhadap ayat Al-Quran yang tidak betul dan tidak mengambil hadis sebagai tafsir al-Quran.

 

3.  Tulisan-tulisan   dari   Kassim   Bin  Ahmad dan Sister In Islam di perenggan 1.1

 

1.2 pula memberi maksud bahawa sesiapa sahaja layak mentafsir Al-Quran dan bukan hanya terhad kepada ulama’.

 

1.1. Islam   bukanlah   milik   individu   atau  mana-mana golongan yang      mendakwa mereka ulama’. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama’ semata-mata.

 

            1.2. Semua   umat   Islam   perlu   kembali  kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman kepada umat Islam.Kita  menyeru supaya digerakan usaha-usaha membuat tafsiran Al-Quran berdasarkan kaedah saintifik.

 

Pandangan sebegini adalah salah dan merbahaya kerana sebelum seseorang  itu boleh menafsir Al-Quran, beliau mesti mahir dalam bahasa Arab, ilmu tafsir Al-Quran, hukum-hakam dan ilmu Aqidah Islam.

 

3.2.   Kesimpulannya, penulis-penulis ini menulis artikel mengenai Islam tanpa ilmu pengetahuan, asas-asas serta hujah-hujah yang kukuh tentang ilmu Agama Islam bahkan ia berdasarkan pandangan-pandangan orientalis barat yang ingin mengeliru umat Islam dan memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar. Perkara-perkara begini mesti dibendung agar Akidah dan ketinggian Islam dapat dipertahankan.

 

4.     Pandangan dan cadangan Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan :

 

        1.  Bahawa   semua    artikel   penulis   dalam   surat ini adalah menghina Islam dan sekiranya   kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan di Negeri Kelantan, pihak berkuasa   agama   boleh   mengambil   tindakan   terhadap   mereka berdasarkan kesalahan menghina Islam di bawah seksyen 120 Enakmen  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1994

 

 2.      Mencadangkan   Majlis   Raja-Raja   bersidang untuk membahaskan masalah ini seterusnya  menubuhkan sebuah mekanisma yang sesuai bagi memantau media-media termasuk akhbar-akhbar serta penulis-penulis yang menghina Islam selaras dengan kuasa Raja-Raja sebagai ketua agama.

 

3.      Meminta  penulis-penulis   tersebut  menarik balik tulisan mereka dan memohon maaf secara terbuka serta bertaubat.

 

4.      Menasihatkan   akhbar-akhbar tempatan supaya tidak menyiarkan tulisan-tulisan yang seumpama ini melainkan setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa agama.

 

5.      Jemaah   Ulama’  Majlis Agama Islam Kelantan juga bersedia untuk berbincang dengan penulis-penulis ini untuk mencari kebenaran.

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search