Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

FATWA MENGENAI AJARAN SYIAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Fatwa 9.

 

Tarikh Keputusan       : 26hb Ogos 1996

Status Penwartaan     : Warta

Tarikh  Diwartakan    : 2hb Jan 1997

Bertarikh Pada           : 22 September 1996

 No Rujukan               : ( MAIK. D231/707/(52).)

 Akta/Enakmen           :  No 1. Jld. 50

 

Kategori     : Akidah

 

Soalan        : FATWA MENGENAI AJARAN SYIAH

 

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, menerusi Jemaah Ulama’  yang bersidang pada 8 Muharram 1417H bersamaan 26 Ogos 1996 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa seperti berikut:

 

(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan yang berikut:

 

“ Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia”.

 

Dimansuhkan.

 

(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli al-Sunnah Wal al-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak sebagaimana contoh-contoh berikut:

 

(i)                 Penyelewengan akidah.

 

(a ) Muhamad bin Ya’akob Al- kalini meriwayatkan dalam Usul Kaafi dari Abi Abdullah kata beliau, " Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409). Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:

 

                                   ( إن الأرض لله يورثها من يشآء من عباده )،

 

( الأعراف، اية   :  128    )                         

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya. Allah berfirman lagi:

  

 (  له ملك السموات والأرض )                                                                            

الحديد، اية-2   )                                                     )

 

Yang bermaksud  KepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi.

 

(b) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun  iman;

 

        (c) Imam adalah maksum, tidak melakukan sebarang dosa, baik dosa     kecil atau dosa besar.

 

(d) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat Nabi;

 

(e) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.

 

(ii)        Penyelewengan Syariah

 

(a)  Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap Sembahyang, Zakat dan Haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar Al-Sadiq bahawa beliau berkata  “ Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang tidak bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita  mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya”.  (Tafsir  al-Qummi, jilid satu halaman 83,84, Tafsir al-Iyaasyi, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.

 

(b( Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda: “ Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada Hari Akhirat dalam keadaan rompong” .  Dalam kitab Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.

 

(iii)             Penyelewengan Akhlak

 

Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni pemikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada al-Majlisi dalam kitabnya Bihar al- Anuar ( secara dusta ) daripada Nabi S.A.W bahawa nabi berkata kepada Ali:  “ Wahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.  Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.  Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.  Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuanya.  Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.  Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu di mana aku tidak mendapat ibu seumpamanya”. ( Kitab Bihar al-Anuar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).

 

Al-Kalini menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khillah Allah. Untuk maksud ini dia (Al-Kalini) telah berdusta atas nama Jaafar Al-Sadiq bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai Rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya Rasul sebelum menjadikannya Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam. ( Kitab Al-hujjah Min al- Kaafi jilid 1,  halaman 175 ).

 

(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri – negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

 

(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif “hukum syarak” atau “undang-undang Islam” seperti berikut:

 

“ Hukum syarak “ atau  “undang-undang Islam” ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

 

(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli al-Sunnah Wal al-Jamaah adalah dilarang.

 

(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli al- Sunnah Wal al-Jamaah sahaja.

 

(7) Menetapkan bahawa penerbitan,  penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search