Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

FATWA MENGENAI MASALAH PERPECAHAN ORANG MELAYU ISLAM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA MENGENAI MASALAH  PERPECAHAN ORANG MELAYU  ISLAM

 

Kategori   :   Sosial/Syariah

 

 Keputusan:

 

 Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali ke 1/2001 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan pada 23 September 2001 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Masalah Perpecahan Orang Melayu  Islam dan telah bersetuju  menfatwakan  seperti berikut  :

 

  1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakan dengan disiplin ilmu, iman dan ehsan. Mana-mana orang atau pertubuhan Islam yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan  dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

 

  1. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Iman dan rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak mana-mana pihak menambah apa-apa rukun bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut, maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

 

  1. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah Taala. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut, maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.

 

 

 

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 10 Jun 2019, 08:00:29.

Search