Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

PERUTUSAN MUFTI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang ke Portal Rasmi Website Jabatan Mufti Negeri Kelantan.  Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelimpahan rahmat dan izinNya telah dapat pihak kami mengadakan website bagi jabatan Mufti Negeri Kelantan  ini.  Semoga dengan paparan website ini akan memberi manfaat yang berterusan kepada umat Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya.   Website ini bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan agama dan kefatwaan,  ia juga berperanan untuk memeberi pendedahan tentang ilmu-ilmu falak yang semakin dilupakan . Paparan berita –berita terkini berkenaan aktiviti jabatan juga disiarkan untuk tatapan umum.

 

Selaras dengan perkembangan dunia ICT masakini dimana maklumat kini dihujung jari, saya mengharapkan Laman Web Jabatan Mufti Negeri Kelantan dapat menyediakan sumber informasi dan maklumat terkini dan menepati dengan kehendak serta mesra pelanggan agar maklumat yang dikehendaki dapat dicapai /akses dengan cara mudah ,tepat dan cepat.

 

Diharapkan laman web ini memberi kesan dalam gaya kehidupan masyarakat yang menepati acuan agama diteruskan dan dipertingkatkan.  Era teknologi  kini dihujung jari sewajarnya dimanfaatkan dengan ilmu-ilmu yang memberi percambahan dalam pemikiran dan perubahan dari kejahilan kepada keilmuan.  Seterusnya dalam konteks yang lebih besar dapat membentuk ummah yang bertakwa.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua wargakerja Jabatan Mufti Negeri Kelantan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas kerjasama menerbit dan menjayakan penciptaan laman web rasmi ini.

Sekian terima kasih

Salam Hormat

Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

MPC 2015/2016
MPC 2015/2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN AKAUNTABILITI TAHUN 2016
PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

 

Laman web ini serasi dengan menggunakan pelayar IE, Safari, Chrome, Firefox dengan beresolusi 1366 x 768 adalah yang paling baik.

 

© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved. Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : Khamis 16 April 2019, 08:00:29.

Search